Sabtu, September 05, 2009

Les Miserables


I dreamed a dream in time gone by
When hope was high and life worth living
I dreamed that love would never die
I dreamed that God would be forgiving

Then I was young and unafraid
And dreams were made and used and wasted
There was no ransom to be paid
No song unsung, no wine untasted

But the tigers come at night
With their voices soft as thunder
As they turn your hope apart
As they turn your dreams to shame

And still I dream He’d come to me
That we would live the years together
But there are dreams that cannot be
And there are storms we cannot weather

I had a dream my life would be
So different from the hell I’m living
So different now from what it seemed
Now life has killed the dream I dreamed

Junction


Seperti biasa, tiada apa-apa yang menarik dalam buku sejarah gua bab hari ini. Pada awal pagi, gua melangkah kaki ke bilik air, dengan harapan murni ingin pergi ke kampus dan menuntut ilmu komunikasi gambar. Tetapi malangnya, hujan yang menderu-deru sepantas counter attack dari Manchester United meragukan kebolehan gua untuk menyekat kemaraan mereka. Makanya, gua pasrah untuk kembali berjuang mempertahankan bantal, tilam dan selimut gua.

Beberapa jam kemudian, gua dikejutkan dengan kehadiran seseorang menyusup masuk ke dalam bilik gua dan duduk bersila di depan mata gua. Apa yang gua lakukan? Gua hanya memandang seketika wajah beliau, lalu pusing ke arah berlawanan sambil bermimpikan anak saudara gua. Nasib baik raya ni gua akan dapat dukung dia puas-puas.

Haha..dan gua rasa. Apa yang gua taip malam ni sekadar bingkisan hati kanak-kanak darjah 3 yang tidak tahu apa itu masa depan, dan bagaimana cara terbaik untuk mengejar cita-cita.

Fakta mengatakan, hampir separuh kelas pada minggu ini, gagal gua hadiri atas faktor hujan dan kesihatan diri, tak lupa juga faktor kemalasan gila babi kerana gua masih tidak tahu yang mana patut gua mulakan dahulu.

Rabu, September 02, 2009

liquid~

Gua bingkas bangun pagi tadi. Cuaca hujan renyai-renyai menambahkan lagi kesejukan tulang rusuk yang gua alami sampai sekarang. Rasanya, sedap-sedap juga cuaca macam ini untuk gua redah naik motor pergi menuntut ilmu. Tapi tidak semudah itu hidung gua menyerah kalah.

Berpusu-pusu segerombolan ombak melanda pangkal misai gua sebaik sahaja gua selesai bersin untuk kali pertama malam kelmarin. Ahhh, kacau. Berbondong-bondong tisu juga berjaya gua habiskan selama 2 hari ini. Dan besok, kalau tak baik juga, gua ingat gua nak tinggal hidung gua kat rumah.

Tulang belakang gua juga, gua fikir sedang mogok dari berada di tahap maksimum prestasinya. Terasa lenguh pabila melangkah sedikit pantas. Terasa sakit bila diselarikan dengan permukaan tilam. Apa harus gua buat? Ini sakit, itu lenguh. Minda gua pun tak pernah sekacau ini. Jiwa gua pun tak pernah sesakit ini. Tolong la badan. Bersatu lah engkau dengan tugas masing-masing. Mudah-mudahan pencarian gua dapat diteruskan tanpa perlu lagi melatih hidung gua untuk bernafas. Tanpa perlu memaksa tulang belakang gua untuk bekerja.

Tapi gua lah yang memaksa mereka bekerja dan bernafas tanpa mengajar mereka bagaimana untuk berdiri teguh dari virus dan kuman-kulat yang sentiasa bersedia untuk merasuk mangsanya.

Selasa, September 01, 2009

Retorik Kemerdekaan

Kemerdekaan itu bukan kebebasan. Sudah ku bilang berkali-kali. Tiada yang hak, tiada yang memiliki. Usah dinafikan isi perutusan. Islam itu agama tuhan. Tuhan pemilik tuhan yang hak. Hanya retorik ciptaan sang musuh si Kristian dan Yahudi. Apa guna diperingati? Andai yakin pesanan nabi, agama itu dijaga rapi. Ditabur budi, bukan berjudi. Ditabur bakti, bukan todi.

Usah kau fikir generasi depan mampu bergerak dengan asas yang sebegitu rapuh. Andai kau beribadat seperti kau akan mati esok hari, tidak akan kau bekerja seperti hidup seribu tahun lagi. Kerana Maha Pengasih masih memberi peluang, maka dipesan berpeganglah pada Al-Quran. Peluang yang datang bergolek berkali-kali. Peluang yang datang mengejar berlari-lari. Andai kau daif memilih peluang, maka syurgalah tempatmu. Andai kau bongkak mencuri peluang, maka neraka jahanamlah temanmu.

Niat yang baik tidak akan disusuli dengan tindakan yang jahat. Kesilapan berada ditengah-tengahnya. Kesilapan yang memerlukan rawatan. Rawatan berbentuk pesanan nabi dan kitab suci Al-Quran.

Kerana engkau yakin! Yang engkau! Akan mati!

Isnin, Ogos 31, 2009

JRN 412 - 2

Ruang siber dianggap sebagai satu media kewartawanan baru. Kejayaan internet untuk menyebarkan informasi dengan cepat ke seluruh dunia, membawa kepada perubahan dalam proses melaporkan sesebuah berita. Ini termasuklah proses pencarian maklumat dan bukti, menemu duga, penyuntingan, dan juga penerbitan. Kewartawanan dalam dalam talian telah mencipta fenomena baru dalam dunia kewartawanan. Ianya kini digunakan oleh pembekal berita untuk menyampaikan pendapat umum secara interaktif dan proaktif.

Pencapaian kewartawanan atas talian dapat membantu media tradisional untuk mengatasi had ruang dan masa. Ruang untuk menyiarkan berita adalah terhad di atas halaman akhbar. Sesetengah berita berharga, tidak dapat disebarkan melalui akhbar atas sebab-sebab tertentu. Tetapi ianya boleh didapati melalui laman web. Hal ini sememangnya memberi impak yang besar kepada generasi muda di Malaysia. Ini kerana, mereka dahagakan informasi dan pengetahuan yang memerlukan sumber rujukan yang luas iaitu internet.

Bentuk infromasi dan pengetahuan yang disediakan oleh pembekal berita juga berbeza mengikut kesesuaian penggunanya. Secara umum, minat dan keinginan generasi muda sekarang lebih kepada bidang sains dan teknologi, seni dan kebudayaan, perhubungan antarabangsa, perniagaan, hiburan dan juga sukan. Ianya berbeza jika dibandingkan dengan generasi terdahulu di mana mereka lebih berminat untuk membaca kisah-kisah pengembaraan, masalah sosial, keagamaan, kesihatan, dan juga jenayah. Perkara ini telah membuatkan industri media di Malaysia perlu membahagikan informasi mereka kepada dua medium iaitu internet, untuk generasi muda dan juga media cetak, untuk generasi terdahulu. Di samping itu, pembekal-pembekal ini juga harus memikirkan tentang keuntungan syarikat mereka dan menuntut mereka untuk mengurangkan kos pembiayaan untuk pembuatan sesuatu berita.

Sistem pendidikan yang mengaplikasikan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menjadikan generasi muda sekarang mempunyai skil atau kemahiran yang tinggi dalam proses mencari maklumat tanpa memerlukan mereka untuk bergerak kemana-mana. Seperti yang kita semua maklum, semua sekolah di Malaysia perlu menyediakan kemudahan komputer dan akses internet untuk memudahkan proses penyampaian dan penerimaan ilmu. Teknik dan cara mengakses internet juga diperkenalkan kepada generasi muda semenjak mereka kecil lagi. Manual latihan penggunaan perisian juga digunakan untuk melatih mereka supaya dapat meluahkan pendapat, emosi, mahupun pandangan dengan hanya memetik papan kekunci.

Kewartawanan atas talian telah mencipta pembaharuan dalam format Hyper-text dan Hyper-Link, struktur yang membawa kepada ketelusan dan gerbang informasi tanpa sempadan. Dalam aspek ini, sistem akhbar tradisional meletakkan penilaian terhadap sesuatu isu itu berlandaskan kepada pandangan wartawan itu sendiri. Fungsi kewartawan diragui oleh generasi muda kerana mereka lebih sensitif dan ini memerlukan mereka untuk menilai sesuatu isu itu setelah mendapatkan maklumat dari pelbagai pihak. Peranan media tradisional untuk menegakkan kebenaran diragui oleh mereka kerana media tradisional dilihat semakin hari semakin dikawal oleh kerajaan.

Keghairahan generasi muda untuk lebih memilih berita atas talian adalah kerana inginkan penyertaan secara langsung dari mereka sendiri. Generasi aktif ini boleh berkomunikasi dengan jurnalis atau wartawan secara langsung. Generasi aktif ini juga melihat kewartawanan sebagai medium diskusi dan bukan lagi sebagai sumber maklumat. Misalnya, apabila mereka mempunyai sifat ingin tahu tentang sesuatu, mereka boleh mencadangkan idea mereka kepada wartawan secara langsung melalui e-mel, mahupun laman sosial seperti Facebook dan Myspace. Tambahan pula, mereka sendiri boleh melaporkan berita atau maklumat dengan segera dan kemudiannya membiarkan wartawan menulis mengenainya. Dalam situasi ini, sudah tentu wartawan akan berinteraksi dengan mereka, dan malah, wartawan mungkin akan bertanya lebih banyak maklumat daripada mereka. Hal ini dapat memenuhi permintaan generasi muda untuk bertindak lebih aktif dalam menyalurkan pendapat dan pandangan mereka untuk sama-sama memperjuangkan agama, bangsa dan juga negara.

Komunikasi di antara pembaca merupakan ciri terpenting yang mempengaruhi minat generasi muda untuk memilih berita atas talian. Penggunaan ciri ini secara ideal dan berkesan di Malaysia, membuktikan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Rakyat yang mempunyai minat yang sama boleh berjumpa antara satu sama lain secara maya dan melaksanakan perbualan dengan menggunakan cara yang lebih mudah dengan adanya permukaan papan buletin, dan ruang sembang yang disediakan oleh laman pembekal berita atas talian. Seperkara lagi, mereka juga boleh ditemukan secara fizikal dan ini menjadikan mereka lebih kuat. Atas keberkesanan perkenalan yang bermula dari alam maya, mereka mampu untuk mengekspresikan pendapat mereka kepada umum setelah mendapat sokongan ramai.

Kemajuan teknologi juga memberi kesan kepada generasi muda dalam memilih sumber informasi mereka. Penciptaan telefon bimbit, pemain MP3 digital, dan iphones memerlukan mereka untuk bijak mengendalikan komputer dan akses internet. Sebagai contoh, telefon bimbit memerlukan penggunanya untuk memuat-turun ciri-ciri yang memudahkan lagi generasi muda ini untuk tampil kehadapan sebagai pendahulu dikalangan rakan-rakan mereka.

Apabila kemajuan internet itu berkembang dari masa ke semasa, pihak berkuasa tidak akan mampu untuk mengawal proses pengaliran informasi dikalangan rakyatnya. Ini dengan jelas, akan memberikan kebebasan kepada penggunanya untuk menyebarkan, sekaligus berkongsi pendapat tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Sifat remaja yang inginkan kebebasan mendorong kepada minat mereka untuk mendekati berita atas talian. Kesannya boleh dilihat dengan tertubuhnya kumpulan atau jaringan generasi muda yang bertentangan ideologi dengan kerajaan. Ini kerana, dalam beberapa saat, sesi pembacaan intelek mereka di selang-selikan dengan perbincangan dan diskusi untuk menentang keputusan pihak berkuasa.

Secara umumnya, berita atas talian memberi kemudahan kepada generasi muda untuk berkomunikasi pada tiga peringkat. Pertamanya, di peringkat umum, diikuti dengan separa umum, dan juga komunikasi tertutup. Komunikasi peringkat umum adalah komunikasi antara organisasi yang terkenal, manakala komunikasi separa umum menghadkan gerbang informasi kepada sekumpulan yang berdaftar, dan seterusnya komunikasi tertutup dimana komunikasi itu wujud dalam institusi yang lebih kecil iaitu keluarga.

Generasi muda kini sudah berjaya meletakkan diri mereka sebagai orang penting dalam syarikat dan organisasi di mana mereka bekerja. Peranan dan tanggungjawab mereka untuk membangunkan syarikat di bawah seliaan mereka amat memerlukan medium informasi yang pantas.Sumber maklumat untuk menjayakan agenda syarikat, memerlukan generasi muda duduk di hadapan komputer dalam tempoh masa yang panjang. Mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah atau ketua jabatan dapat diaturkan dengan mudah dan berkesan. Masa untuk membaca akhbar juga terhad kerana komitmen yang harus disumbangkan oleh mereka amat besar untuk menjamin karier mereka.

Di peringkat separa umum, tenaga dan kepakaran generasi muda diperlukan untuk membangunkan masyarakat sekitar. Perlaksanakan program kemasyarakatan untuk mengeratkan komuniti tempat tinggal mereka, menuntut generasi muda untuk bekerjasama dengan pemimpin masyarakat dari semua lapisan umur. Disamping mengejar kepuasan peribadi di tempat kerja, sesetengah masyarakat intelek ini amat menitikberatkan sumbangan mereka terhadap masyarakat sekeliling. Seterusnya, komunikasi peringkat tertutup di mana generasi muda memerlukan medium atas talian untuk berhubung dengan ahli keluarga, saudara-mara, mahupun kekasih mereka.

Kesimpulannya, pilihan generasi muda untuk menggunakan medium berita atas talian, memberi kesan besar kepada segenap lapisan masyarakat. Industri media dan pembekal berita mampu mencapai keuntungan yang tinggi dengan sambutan yang diterima dari generasi muda di laman web mereka. Manakala hal-hal pengurusan pentadbiran negara dapat dipermudahkan lagi dengan adanya generasi muda yang celik IT. Penglibatan secara langsung generasi muda yang mampu mendidik masyarakat pula membuakkan lagi semangat mereka untuk memecahkan dinding yang menyebabkan kemunduran komuniti tempat tinggal mereka. Akhirnya, kegemilangan Malaysia akan dapat dicapai setelah ilmu dan pengetahuan seluruh warganya tersemat di dada.

JRN 412 - 1

Tertarik dengan kenyataan saudara mengenai “peluang pekerjaan hanyalah dikuasai oleh bukan melayu”, saya merasa terpanggil untuk bersama-sama meluahkan pendapat dan pandangan saya mengenai masalah yang semakin hari semakin jelas mengarahkan orang melayu itu sendiri berada di bawah tampuk penjajahan stail baru oleh bangsa-bangsa lain.

Saudara Aspan Alias, antara persoalan yang dititikberatkan oleh semua masyarakat dunia adalah bagaimana untuk menjadikan bangsa mereka berada di posisi megah dikalangan bangsa-bangsa lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, langkah kerajaan Malaysia untuk tidak menggubal undang-undang yang dicadangkan oleh British sewaktu kita mencapai kemerdekaan dahulu, merupakan titik permulaan kegagalan pemimpin melayu dalam memartabatkan bangsa melayu dipersada antarabangsa.

Dasar pecah perintah yang diperkenalkan British sewaktu menjajah negara kita boleh dikatakan sebagai salah satu umpan seteru utama islam ini untuk melihat kejatuhan empayar islam. Ketakutan mereka terhadap bangsa melayu, jelas digambarkan dalam sejarah. Ini kerana, majoriti bangsa melayu di Tanah Melayu pada ketika itu beragama islam. British mensasarkan empayar Melaka yang terkenal sebagai pusat penyebaran islam di nusantara untuk dijadikan medium penyebaran ideologi sekular berbentuk semangat kebangsaan mereka. Perlu diingat, bahawasanya islam tidak pernah membezakan sesama bangsa itu melainkan dari segi kepercayaan mereka kepadaNya.

Perletakan golongan imigran cina di kawasan bandar, kaum india di ladang-ladang dan estet-estet dan menyogok pemimpin-pemimpin melayu dengan kuasa pemerintahan sememangnya satu langkah yang berkesan pihak British untuk menjatuhkan islam. Dakwaan saudara mengenai sikap pemimpin melayu sekarang yang hanya mementingkan kekayaan peribadi adalah kerana mereka tidak mengambil islam sebagai asas perjuangan mereka. Kenyataan saya ini akan disangkal dengan tanggapan bahawa saya taksub dengan agama. Soal taksub, tidak wujud disini, kerana saya berpegang kepada pegangan bahawa islam adalah jalan hidup lahiriah untuk setiap manusia.

Islam menggalakkan seluruh umatnya untuk berniaga. Sembilan daripada sepuluh sumber rezeki itu adalah daripada mengadakan transaksi yang halal. Keistimewaan demi keistimewaan yang dinikmati oleh bangsa melayu amat jelas dicatatkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, kejayaan bangsa cina di Malaysia adalah kerana mereka tidak diberi peluang oleh pemimpin-pemimpin melayu kita yang terdahulu untuk berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. Maka, mereka bangkit dan kita sebagai orang melayu harus sedar, bahawa kejayaan itu tidak boleh dicapai tanpa tertib untuk menguatkan jatidiri individu masyarakat terlebih dahulu. Syarikat-syarikat besar yang dimiliki oleh bangsa cina ini adalah warisan yang diamanahkan hasil titik peluh nenek moyang mereka.

Fahaman yang bersifat kebangsaan ini sudah sebati dan ianya terus-menerus diperjuangkan tanpa mendalami kesesuaian peredaran masa itu berlandaskan panduan al-Kitab. Pendekatan pengusaha – pengusaha cina dengan meletakkan bahasa mereka sebagai salah satu syarat untuk bekerja adalah untuk memulihkan taraf hidup bangsa mereka sendiri. Corak pemerintahan sebegini adalah bersamaan dengan corak pemerintahan orang melayu suatu ketika dahulu. Orang melayu itu diberikan segala macam kemudahan tanpa memikirkan keadilan untuk bangsa lain. Maka tercetuslah peristiwa 13 Mei yang pada pandangan saya seharusnya dijadikan batu pengukur kepada pemimpin melayu bahawa konsep perjuangan mereka itu salah. Bangsa cina merasa iri hati dan mereka bertekad untuk menindas bangsa melayu pada masa akan datang.

Saya tidak mengatakan orang cina itu salah. Ini kerana mereka ini hanya bangsa yang tidak didedahkan dengan keindahan pemerintahan islam oleh pemimpin melayu kita. Lihat sahaja apa yang berlaku baru-baru ini di mana salah seorang pemimpin melayu mengarahkan supaya pemimpin cina mengemukakan permohonan maaf kerana menggunakan ayat Quran dalam ucapannya. Bagaimana mungkin kita mahu mengislamkan mereka sekiranya mereka tidak dibenarkan menyelami panduan hidup orang islam? Kita seharusnya memimpin mereka untuk mendekati islam dan membimbing mereka untuk mengamalkan ciri – ciri pemerintahan islam. Pendekatan Barisan Nasional yang melaksanakan pembangunan islam secara berperingkat di Malaysia wajar disokong. Tetapi konsep perjuangan melayu itu harus diubahsuai. Ia hanya akan memuakkan lagi masyarakat cina tatkala melihatkan ketamakan bangsa melayu untuk membolot sumber ekonomi dari bawah bumi Malaysia.

Fikir-fikirkanlah. Bukan tidak berterima kasih kepada kerajaan. Tugas kami, generasi muda zaman ini untuk membangunkan negara lebih mudah andai pemerintahan islam itu sudah diterapkan dari dulu, dan Satu Malaysia itu sudah wujud sebagai lambang perpaduan antara islam dan bukan islam.

Jumaat, Ogos 28, 2009

self-depreciate

Gua jadik serba tidak kena sejak beberapa jam yang lalu. Kepala otak diragui dengan serba-serbi tindakan ahli-ahli politik dan pendirian gua dipersoalkan oleh beberapa insan di sekeliling gua. Dan gua seakan-akan tewas kerana tidak menguasai ilmu Al-Quran dan Al-Hadith itu. "Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga." Kata gua kepada diri sendiri.

Tapi gua tau lagi dalam lu orang menyelam, lu orang lupa apa itu kesederhanaan. Dek kerana lu taksub cari harta, gua pula dituduh taksub beragama. Sedang i'tisam itu hanya boleh dicapai dengan asas agama yang kukuh. Insyaallah, gua akan mengembara menyelami isi Kitab itu dan kita akan sama-sama membangunkan negara ini.

Khamis, Ogos 27, 2009

Imbasan Ramadhan yang Lalu...

Gua : Lu puasa tak ni?

Kawan gua : Mesti la puasa..lu?

Gua : Mesti la gua puasa. Tapi agak tinggi jugak perjalanan kita nak pergi kelas ni.

Kawan gua : Lif pun rosak.

Gua : Kalau pergi library gua rasa tak payah pakai lif.

Kawan gua : Set...

Ahad, Ogos 23, 2009

bazaar ramadhan

Insyallah, hari-hari ramadan gua akan berlangsung dengan penuh cemerlang hendaknya. Dalam pada keinginan nafsu untuk menjamah dengan segala macam syurga dunia, akal tetap berputar mencari seribu satu alasan untuk menjinakkan kedaifannya.

Jangan diturut amarah yang mendesak. Kelak syurga ditolak ke tepi, kesabaran terkubur mati. Pahala tak kunjung hadir, dosa kemas terpalit.

Bukan gua nak marah sangat, cuma lain kali kalau nak suruh gua parking motor kat tempat tertentu pun, tak payah la jerit-jerit sampai kata gua tak reti bahasa. Gua bukan tak reti bahasa. Ayat pertama lu, lu jerit kat gua sampai terkeluar anak tekak lu semata-mata nak suruh parking belakang lori tu. Ayat kedua lu, lu cakap macam gua dengan lu satu kelambu yang lori tu takkan keluar parking dari situ.

Gua kah yang bersalah?

Jumaat, Ogos 21, 2009

sekadar bersiar untuk berkongsi hasil kerja...

thinking of sumthing



shoot me if u can



aku tidak tahu apa yg berlaku pada perempuan itu saat ini..



beauty is on the eye of the beholder...



creativity leads to unidentified journey...



a malay male...