Selasa, Ogos 09, 2011

Kembali

Ok. Gua mahu aktif di sini kembali. Pagi pertama gua di kampung yang sudah hampir setengah tahun tidak dijejaki dengan tapak kaki ini, diharap mengaktifkan terus jari jemari gua untuk menari atas susunan Roman yang tak reti nak disusun seindah jawi.

Gua ingat nak telengkan kepala pembaca di sini dari kanan ke sebelah kiri. Nampak macam radikal sikit!

Gua tiba 3 jam yang lalu. Simpang terakhir sebelum menaiki bukit ke rumah, gua terserempak entah dengan siapa berdiri tercegat sebelah lori depan janakuasa TNB di bawah sana. Gua berenti, gua ingat gua kenal, rupanya tidak. Jiran baru bilang mak gua. Lama betul gua tak balik. Keh keh keh.

Niat gua nak terus tidur tak kesampaian bila kuetiaw goreng mak gua persembahkan bawah tudung saji. Tanpa banyak cerita, gua makan habis kerang-kerangnya. Ayam masak kicap pun ada sekali. Nasib baik gua sempat tahan tapak tangan daripada usap perut bila tersandar atas kerusi.

Gua ingat, besok tengahari gua nak ziarah kawan gua kat bengkel sana. Sedih benar bunyinya bila gua bilang gua dah sampai pukul 3 pagi tadi.

"Lu lambat sangat brader"

"Gua ni rabun ayam. Bawak motor malam-malam buta mana boleh laju-laju," balas gua.

Ok. Gua kena bergegas ni. Gua nak latih diri jadi wakil rakyat dekat sini. Amacam? Untung-untung boleh korek bontot Saiful Bukhari buat modal politik gua satu hari nanti. Konfirm gua nampak indah lepas gua bagi bonus setengah bulan gaji. Cincin di jari gua sembunyikan lah nanti.

Macam Michael Jackson.

Ahad, Julai 31, 2011

2 Hari Sebelum Puasa

Bulan puasa tahun ini antara yang paling mendebarkan jiwa raga gua. Bercampur-campur perasaan yang bergolak sama ada mempermainkan janji atau ditetapkan hati. Bagaimana ketetapan hati yang ingin gua cari sebenarnya?

Gua sedar gua perlukan ilmu. Gua sedar dalam lingkungan usia yang sudah semakin dewasa, gua daif dengan ilmu itu dan ini. Terkadang ilmu juga sudah ada, tapi sukar untuk diamalkan. Mungkin yang berada di antara kedua itu perlu diperkukuhkan lagi.

Tapi gua tersepit.

Meremang bulu roma gua memikirkan apa yang berlaku pada ramadan yang lalu.

Suka untuk gua menceritakan kembali akan kedatangan ramadan lalu yang gua sambut dengan keadaan yang begitu hina sekali. Kotor segenap hati, busuk sekujur diri. Bukan kerana akhlak yang jijik, tetapi dek kerana tidak tahu apa matlamat sebenar segala tindak tanduk selama gua menjadi manusia di atas muka bumi ini.

Teorinya, gua tahu apa yang perlu di kawal, apa yang perlu di ambil perhatian. Tetapi sentuhannya tidak ada, keperluannya juga tidak di rasa. Darah dingin dan segan-segan melancarkan peredarannya. Sejuk. Beku.

Gua lemas.

Jadi, kira-kira dalam setahun yang lepas ini, kembali pada asal usul diri gua susun perlahan-perlahan. Kadang tergelincir dan kadang tegak berkeras. Gua belajar apa itu biologi, baru gua boleh faham apa itu psikologi. Kalau tak, tak usah mimpi mahu menguasai sosio ekonomi. Gua hempuk-hempuk badan gua ke dinding. Gua hentak-hentak kepala gua ke tanah. Gua injak-injak tapak kaki gua ke udara, gua genggam erat kedua tapak tangan yang ada.

Jadi, atas sebab-sebab demikianlah, gua rasakan yang puasa tahun ini akan lebih menjanjikan sesuatu yang sangat indah dan debaran yang gua rasakan itulah yang perlu gua kawal dan ambil perhatian. Kalau ekonomilah teorinya, risiko yang tinggi akan memberi pulangan yang tinggi.

Entah. Mengarut -ngarut pulak entri ini.

Khamis, Julai 14, 2011

Cuci

BERSIH DAN KENTUT-KENTIT PANAS

Oleh : Tukartiub

Maka pada pagi yang mulai ini hamba pun pergilah mengambil bulu ayam dan dakwat untuk mencatatkan surah ini agar anak cucu cicit kita nanti tidak akan tertanya-tanya ; agar cucu cicit dan piut kita tahu apa yang telah berlaku pada hari Sabtu 9 Julai 2011 di Kurun Masehi ke 21 ini. Biarlah hamba menjadi Tok Perawi yang saheh membawa kesah dari mulut ke mulut agar menjadi ajaran dan pedoman kepada cucu cicit kita yang akan datang. Yang busuk kita tanamkan hendaknya dan yang bersih kita kesahkan lah hendaknya. Amin.

Wahai anak cucu cicit sekelian; kesahnya bermula dari sini:

Kalau di negeri Arab Palestine telah berlaku Nakba pada 15 Mei 1948 apabila kaum Zionis dari Eropah datang dan menghalau Arab Palestine dari tanah air mereka. Meleleh air mata orang Palestine melihat tanah-tanah mereka dirampas dan diduduki oleh kaum Zionis.

Kesedihan orang Palestine itu kita rasakan sama kerana kita pula di Tanah Melayu ini telah juga mendapat Nakba atau Malapetaka pada 31 Ogos 1957 apabila penjajah British meninggalkan tanah air kita ini kepada gerombolan United Malays National Organisation dan suku sakatnya.

Inilah Malapetaka kita. Inilah Nakba orang Melayu. Inilah Malapetaka dan Nakba yang telah menimpa anak semua bangsa di Malaysia ini. Semenjak Malapetaka ini sampai; hampir setengah kurun yang lampau, orang Melayu telah di bodoh-bodohkan. Orang Melayu telah di gula-gulakan. Orang Melayu telah ditakut-takutkan. Ya ampoon ini lah Malapetaka. Inilah Nakba.

Adalah hendak dijadikan cerita; hamba hanyalah Tok Perawi yang membawa kesah dari mulut tuan yang empunya ceritera. Dapatlah hamba diberitahu bahawa telah ramailah rakyat seluruh negeri ingin berhimpun kepalang peri. Telah terdengar kesah yang amat ngeri tentang orang ditipu ketika mengundi. Diketahui umum seluruh negeri duit dipakai untuk membeli undi. Maka marahlah rakyat seluruh negeri kerana selama ini mereka ditipu dalam pilihanraya setiap kali.

Maka nujum dan pawang pun di panggil datang untuk menetapkan tarikh dan ketika. Memilih saat memilih masa ketika bulan tidak mengambang. Ketika matahari condong ke batang. Ketika panas mula menghilang. Hari hari terus dihitung dan dibilang. Hari yang baik dan bulan yang baik diikat dengan saat dan ketika. Saat itulah saat gumbira. Saat yang hendaknya rakyat seluruh negara akan turun beramai-ramai ke jalan raya agar kita semua dapat bercempera. Hari yang Bersih disalut oleh hati yang Bersih.

Bila berita pecah terbuka. Maka menyingalah Najib mukanya marah mukanya berpuaka. Najib pun lantanglah menjerit bersuara. Ke hulu ke hilir membawa berita. Najib mengarahkan adinda sepupu agar tangkas bersiap sedia kerana rakyat telah berani bangun bergegak gempita.

Maka dirancangkah satu rancangan. Maka disusunlah satu susunan. Maka dikumpulkan lah soldadu upahan. Lalu dipanggil para pemikir. Maka Gerombolan pun bekerja dan berpakat seperti biasalah. Menggunakan cara lama yang telah biasa. Pemikir dan soldadu mendapat upah mendapat imbuhan. Sepakatlah mereka bersatu pendapat. Rakyat yang telah mula berani bangun wajib ditakut-takutkan. Rakyat yang mula sedar ini perlu di bodoh-bodohkan.

Mengikut orang dalam yang empunya berita semua saluran media telah diberitahu tentang akan munculnya satu berita yang paling baru. Mengikut tuan yang empunya ceritera dikatakan pada suatu malam yang gelap gelita ada seorang Mamat masuk ke pusat kota. Datang membawa bom dan segala bentuk senjata. Adalah mengikut surah ini si Mamat ini bangang lagi lah bodoh bukan kepalang. Datang membawa senjata memakai topeng; mukanay pula disapu arang. Memakai baju dan seluar yang compang lagi camping hinggakan nampak perut terbarai dan bontot tersadai.

Si Mamat ini di surahkan hendak menyimpan semua senjata ini ditempat yang sulit. Bukan di celah kangkang atau didalam parit tetapi ditepi busut disebalah kedai Kentucky tak jauh dari tempat Mat Pet berjual beli. Seantero negara seluruh negeri diberitahu bahaya datang kepalang peri. Senjata menunggu masa dan ketika untuk meletup sendiri. Parang dan bom ini menunggu isyarat untuk terbang melayang layang memenggal leher ibu dan abang.

Tidak cukup dengan kesah bom dan parang di tepi Sogo datang pula kesah seorang Mamat sudah tertangkap. Bukan di rumah dan bukan di kebun. Bukan di Kerinchi bukan di Pandan tapi di Keramat yang jauh tidak jauh dari jalan. Tempat terletak disebelah kuil China. Mengikut kesahnya si Mamat ini sedang berusaha menanamkan parang , bom dan senjata.

Wahai adik abang dan kakak, biar hamba kesahkan lagi ; inilah cara inilah gaya; inilah teknik, inilah strateji untuk menakut-nakutkan rakyat seluruh negeri agar jangan berani turun ke jalan raya. Adalah bom adalah parang dipasang sendiri oleh soldadu upahan. Adalah jelas adalah nyata tidak ada sesiapa turun ke jalan raya Bersih membawa senjata.

Inilah tipu inilah helah. Inilah rupa kerja manusia diwaktu siangnya dia menipu diwaktu malamnya dia menjarah. Biarlah disini hambo memanjangkan surah. Wahai abang abang dan kakak kakak sila lihat sila perhatikan gambar parang dan gambar molotov. Aduhai bodoh lah polis yang makan upah. Aduhai SB yang membeli parang. Ushalah sikit. Bergeaklah sikit.Jangan beli parang dari kedai yang sama. Nampak sangat malas bekerja. Parang ini sepesen sepesol. Serumpun macam baru dibeli borong dari Kedai Aked Mara di Kuala Kangsar.

Tidak cukup dengan ini tipu helah Gerombolan terbonggenglah sudah. Hendak menipu pun kita wajib pandai di sekolah. Tanyalah Lebai Google dari rumah orang sebelah. Nak tahu tentang molotov cocktail carilah surah. Wahai Rosmah hambo nak beritahu, isteri tuan hamba bangang terserlah mengarahkan SB membuat molotov memakai botol plastik yang salah. Kenapalah bangang wahai menteri Hishammuddin Hussein; molotov cocktail perlu botol kaca, botol plastik tempat menyimpan kencing sehingga haring.

Aduhi segala hamba Allah berita yang dirancang oleh Gerombolan semua menjadi berita salah. Kenapalah tidak difikir dan tidak ikut usrah. Kenapa tutup botol plastik semuanya warna merah jambu macam kain tudung Sang Puteri. Apakah otak apakah yang salah. Adalah SB bangang atau tak cukup kena tarbiah. Hambo yang menjadi Tok Perawai kini jadi serba salah – nak menangis pun ada nak tersenyum pun salah.

Tidak cukup dengan ini seantero negeri pun mula di beritahu tentang Jepun akan datang menyerang. Macam Belanda sampai di Melaka. Kereta perisai dibawa keluar. Helikopter berligar liar. Jalan di kawal siang dan malam. Bas di tahan kereta dipereksa. Kad pengenalan wajib ada. Beg di buka kereta di geledah macam anjing mencari dadah. Inilah sahaja satu kaedah untuk menakut-nakut rakyat yang sudah bijak bermadah.

Maka akan tercatitlah dalam sejarah tentang tentera yang akan dibawa keluar. Telah didengar khabar berita bagaimana ada jeneral ada yang mula berkata tugas tentera bukan untuk Gerombolan. Bukan untuk membunuh rakyat orang kampong sanak saudara sahabat dan taulan.

Mengikut tuan yang empunya ceritera apabila Najib diberitahu duduk pekara. Dia pun gelabah tak tentu hala. Kejap nak jumpa Bersih kejap berjanji memberi Stadium Negara. Najib berdolak. Najib berdalik. Perangai tak ubah semacam kera yang tercabut ekor di Tasek Bera.

Hambo sebagai Tok Perawi tidak mahu berlagak sombong.Hambo hanya berniat nak menyambung cerita. Ibu bapa adik dan kakak jangan senyum tapi ketawalah terbahak-bahak. Hambo nak royak kesah kumpulan Perkasa yang bukan main ribut melahak-lahak. Bingar bising macam halilintar membelah busut. Beribu anggota akan dijemput. Untuk membuat onar dan bikin kelam kabut. Rakyat terdengar rakyat lalu rakyat pun menyahut. Semua mula berkata ‘ kami tak takut’.

Auta Perkasa sudah teserlah. Maka geng silat pula masuk mencelah. Ini lagi lawak hinggakan kita ketawa mata terbeliak; jangan menuduh hambo ini Tok Perawai yang berat sebelah. Tapi inilah hakikat cerita yang telah menjadi sejarah kita. Perkasa lesap hilang entah kemana muntah kedarah. Geng silat ramai yang datang tetapi sudah tersalah. Perhimpuann Bersih di Kuala Lumpur tetapi geng silat semua berkumpul di Kuala Pilah. Mereka berzikir dan berzakar. Berkelintau memukau memakai akhirnya ghaib hilang ke negeri entah berentah.

Maka tinggal Pemuda Patriot Berbaju Merah. Hambo diberitahu mereka semua datang kerana makan upah. Apabila tak ramai yang datang berkumpul maka Menantu Ayah menjadi gelabah. Lalu Mat Bangla diberiupah pakai Baju Merah. Tak cukup dengan Mat Bangla i si Patriot menghina diri lagi. Demonstrasi belum lagi selesai mereka semua sudah masuk ke dalam kedai Kentuki.

Kepada cucu cicit yang akan datang zaman berzaman ; marilah kita belajar dari al-kesah ini. Hendaknya kesah ini akan turun temurunlah. Hendaknya disurahkanlah dari mulut ke mulut dari laman ke laman dari blog ke blog dari twitter ke twitter.

Diakhirnya ini hambo sebagai Tok Pewari ingin mengundur diri. Hambo disini merakam sejarah untuk anak segala bangsa. Nakba dan Malapetka tidak akan kita tangisi. Rakyat sudah berani bangun untuk melawan. Dengarlah wahai yang zalim dan wahai yang jahat; kita saentero negara tidak akan lagi takut. Datang lah taufan datang lah Perkasa, datanglah silat datanglah Patriot. Semua ini hanya kentut-kentut hangat. Setelah Malapetaka busuk ini pergi Bersih akan menyusun lagi. Kalau lapan tuntutan tidak apa apa jadi Bersih akan turun ke jalan sekali lagi.(TT)

nota:
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN

Rabu, Jun 01, 2011

Labor of Hate

I find myself in this bus again
Fighting for space, a seat for rent
The rain is falling down with shame
We trapped ourselves in this heat of Caine

Why should I be here
Greeting these unsmiling faces
Should I even care?
For the measly sum that I get

Marking my steps upon these stairs
Punching the clock with tenderness
I’m in a room where no sun will shine
I hear their voices, still I don’t understand

Promises made, promises gone
The poor is still under the strong
Still the world will run this way till I’m gone

Still I’m here all day long
Slave of wage, I’m one
Still I’m here all day long
Slave of wage Till I’m gone

Khamis, April 28, 2011

Petak Pertama

Read: In the name of thy Lord Who createth,
Createth man from clot.
Read: and thy Lord is the Most Bounteous.
Who teachetc by the pen,
Teacheth man that which he knew not.

Nay, but verily man is rebellious
That he thinketh himself independent!
Lo! unto thy Lord is the return
Hast thou seen him who dissuadeth
A slave when he prayeth?
Hast thou seen if he relieth on the guidance (of Allah)
Or enjoineth piety?
Hast thou seen if he denieth (Allah's guidance) and is froward?
Is he then unaware that Allah seeth?

Nay, but if he cease not We will seize him by the forelock-
The lying, sinful forelock-
Then let him call upon his henchmen!
We will call the guards of hell.

Nay, Obey not thou him, But prostrate thyself and draw near (unto Allah)


* * *

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1)
Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2)
Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3)
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4)
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6)
Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (7)
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (8)
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang); (9)
Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? (10)
Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul? (11)
Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)? (12)
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar? (13)
Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? (14)
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka); (15)
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. (16)
Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya); (17)
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya). (18)
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)! (19)

Rabu, April 20, 2011

Participle

Beberapa tahun ini gua letih belajar Bahasa Inggeris.

Tapi yang sebenarnya, gua belajar lebih sikit benda alah ni sebab gua sedang kembali aktif bermain catur. Gua dah tibai robot Windows 7 ni dalam purata lebih kurang 50% daripada jumlah keseluruhan 9 pertarungan! Peringkat 2 la tapinya. Cuma dalam permainan gua, gua cukup tak reti kalau Permaisuri duduk dekat-dekat Raja. Raja jadi malu-malu yang macam celaka pula nak bagi arahan pada bala tentera yang lain. Tak ke kama namanya tu?

Buntu sial. Lebih kurang macam lutut lu orang menggeletar bila buat pembentangan kerja kursus Sejarah Peradaban Dunia depan pakar-pakar sosiologi, antropologi dan logi-logi yang lainnya.

Kejap-kejap karang komunis betul. Lepas tu pula demokratik kata dia betul. Suka gua je kata yang mana betul, yang mana salah dak? Nak buat macam mana, keputusan gua pun lebih kurang 50% je sekarang ni.

Sebab tu, gua ingat sekarang ni gua nak kena belajar lebih sikit tentang apa itu Participle.

Lepas gua belajar Participle, baru la pergerakan catur gua menepati waktu dan tempatnya. Itu kalau gua nak jadi Raja laaa.

Raja bukan kisah sangat bila anak buah dia melompat tak tentu arah. Yang penting dia selamat. Tak ke bangsat namanya tu?

Okay, okay, gua nak masuk dalam papan ni. Tapi gua tak nak lu orang ganti tempat gua kat luar papan catur ni nanti. Gua risau kalau tiba-tiba nanti ada orang tujukan lagu Master of Puppets pada lu orang.

Dan disebalik segalanya-galanya, gua berbisik sendiri ketika qiam. Bisikan yang makin lama makin jelas dan menjerit-jerit yang meremangkan bulu roma gua ketika itu.

Mereka jerit apa?

HERMENEUTIKA!
HERMENEUTIKA!!
HERMENEUTIKA!!!
HERMENEUTIKA!!!!
HERMENEUTIKA!!!!!

Gua letih dan gua perlukan tidur.

Isnin, April 18, 2011

Kau Masih Berdegil

Kerana sumbu pelita,
kau bersorak beriya-iya
Lantas mendabik bebas dari kekusutan labyrinthmu

Tetapi jiwa rapuhmu kemusykilan.
Mengapa berwayang pilu?
Masih menagih manna
dari syurga sana...

Kerana dingin sebentar,
kau menduakan maruah
Lantas memasang denak falsafah,
infantile kononmu

Tetapi benakku buntu menyaksikannya
Mengapa kau masih bernada sendu
Masih menagih manna
Dari syurga nyata

Apa alasanmu bukti kewarasan?
Kita menyusun batu bata ke Zenith

Siapa yang boleh meneka
angkara gila-gila,
Gempita abad kegerlipan ziroon....

Selasa, April 12, 2011

Seni itu anugerah?

Seekor berudu yang berenang atas permukaan air, dan seekor katak yang melompat-lompat di atas tanah penuh bertenaga.

Memang tidak masuk dek akal yang waras jika dilihat pada struktur asas kedua-dua ini. Kita lahir dari keadaan yang sejuk, kata mereka, walhal dunia ini hangat membara panasnya.

* * *

Kanak-kanak itu ibarat kain putih sebelum dicorakkan dengan pelbagai warna-warni kehidupan di dunia ini. Kita dilahirkan dengan penuh rahmat atas dasar kasih sayangNya yang maha luas itu. Lalu, dibedungnya kita untuk menikmati hangatnya dunia agar mampu berdiri suatu hari nanti atas kudrat yang dibantutkan.

Evolusi ini kelihatannya seperti tidak wajar kerana tanpa hati yang baik dan lengkap, adalah mustahil untuk hidup kita berakhir dengan selamat. Tambahan, tiada sebarang asas diberikan untuk kita merangkah, bertatih, berjalan dan berlari di atas bumi mengikut jalan yang sepatutnya. Kadang-kadang nak merangkak pun dipandang rendah, nak bertatih pun silap-silap kena terajang.

Belum lagi berkeinginan untuk terbang!

Tak usahlah terlalu mengharap anakmu cemerlang terbilang di sekolah-sekolah sekular sana. Usah dilarang mereka menepuk kad, bermain basikal mahupun bergaduh di jalanan atas dasar kebenaran.

Kelak nanti, hingga satu tahap, terpaksa kita mengakui bahawasanya jalan yang sepatutnya itu sememangnya tidak diwarisi. Tetapi kebuntuan ini masih belum tamat. Kita masih bermasalah untuk mencari jalan.

Memandangkan kita percaya orang-orang yang beriman itu, sudah berubah, maka kita percaya ia berubah daripada kedewasaan yang dimiliki sepanjang hayatnya. Bagaimanapun, tidak satu pun sifat orang yang beriman mempunyai asas yang sama dengan mereka yang bertentangan pendapat itu, boleh dijelaskan melalui proses ansur-ansuran.

Di antaranya, adalah sifat untuk mencipta seni, dan sastera yang merupakan keistimewaan bagi mereka, dan ini amat sukar dilaksanakan bagi mereka yang buta mata hatinya.

Persoalan bagaimana kebolehan bersyair dan bersastera yang sempurna dapat terbentuk sebagai hasil perubahan manusia itu secara berterusan, tidak dapat dijawab. Tidak ada cara untuk menjelaskan bagaimana tindakan seorang dewasa itu dapat berubah daripada syair yang berfungsi dengan sempurna, hasil daripada perubahan struktur asas dirinya.

Tambahan pula, dengan hanya mempunyai seni berkata-kata ataupun melukis, masih belum dapat banyak lagi teknik tersusun yang digunakan oleh orang yang beriman itu. Sebagai contoh, tangan dan kaki mereka tidak ragu-ragu bertindak untuk mencegah kemungkaran. Paru-paru mereka berfungsi dengan cara yang jauh berbeza. Mereka punyai kudrat yang luar biasa, dan aliran darah yang istimewa.

Ciri-ciri ini amat diperlukan untuk mencapai iman yang total sepertimana indahnya iman itu jika digambarkan secara mantik. Semua cara ini perlu wujud bersama pada masa yang sama, ia tidak dapat terbentuk secara beransur-ansur dengan cara dikumpulkan sedikit demi sedikit.

Kerana itulah dakwaan teori ini, orang-orang seni itu dilabel sebagai raja yang megah terbang dan lupa menghambakan diri.

Jadi bagaimana?

"Persamaan sifat yang terdapat pada mata dan sayap ialah hanya akan berfungsi apabila terbentuk sepenuhnya. Dengan kata lain, mata yang terbentuk separuh jalan tidak akan dapat melihat dan burung dengan sayap yang hanya separuh terbentuk tidak akan dapat terbang."

Untuk warga seni yang megah terbang tanpa mata yang sempurna, jaga-jaga akan siapa yang akan menembakmu.

Untuk warga seni yang mampu melihat dengan sempurna tapi masih tidak mampu terbang, lebarkan sayapmu itu memayungi makruf.

Ahad, April 10, 2011

Strategic Pening

1. Dulu, gua fikir gua "fast learner".

Bila gua fikir gua "fast learner", adrenalin macam celaka dia punya pegi. Sampaikan nak sembang politik pun gua rasa gua tak ada masa. Dan lepas beberapa lama, gua rasa bodoh sebab tak mahu baca suratkhabar, tak mahu tonton berita.

Gua jadi sombong, gua jadi malas berkata-kata. Gua tidur ikut kitaran hari, dan gua boleh sampai tahap tak kenang budi.

Entah macam mana nak balas budi kerajaan, gua tak pasti. Atau kerajaan yang sebenarnya berada di pihak gua yang kadang-kadang kapitalis amat cara kerjanya. Lalu gua sedar, gua perlukan teknik para sosialis.


2. Tapi sekarang, gua rasa gua "past learner".

Sekarang, bila gua rasa gua "past learner", meriah amat sembang cakapnya. Pung pang pung pang asap rokok tak tentu hala ke mana pergi. Sosialis apa macam gini? Kemajuan apa yang mahu gua kecapi? Api? Teknologi apa yang gua nak kongsi? Hidung Tinggi!

Gua duduk kejap, makan pisang banyak-banyak. Lepas makan roti, gua tegakkan bahu dan mengarang entri ini.

Roti 60 sen yang gua beli semalam, tak habis lagi gua makan. Rokok daun dah berpusu- pusu masuk dalam tenggorok dada. Vitamin C? Ah, gua tak mahu jadi macam dulu lagi. Dulu yang gua rasa gua bijak sangat yang hanya sekadar pada teori.

Jadi, sekarang, gua "pace learner". Masalah utama gua adalah melaksanakan apa yang hati gua kata. Adrenalin macam celaka pun tak berguna kalau otot dan tulang tak sekental mana. Tak seimbang jasmani dan jiwanya.


Al-Ghazali.
Tolong...! Bantu gua...!
Gua perlukan penulisan-penulisan lu.

"Julia Cameron juga mungkin boleh membantu," kata Argie Bandoy.

"Tiada modal, berani pakai!" kata Haji Abdul Malik.

Jumaat, April 08, 2011

Bleed Greed

Oh my name it is nothin', my age it means less.
The blog I am writing, is not made in jest.
I's taught and brought up, with knowledge I abide.
But, is the knowledge I'm tellin'... has God on its side?

Oh the history tell it, they tell it so well.
The Malays kept repeating the same things, you can tell.
And the Malays kept doing, the same thing till they die.
And they honestly think, they have God on their side.

The obsession of money, their hearts bleed with greed.
They will always find the reasons, to feed their selfish needs.
But this ugliness in them, they will never could hide.
Somehow they must've think, they have God on their side.