Selasa, Ogos 09, 2011

Kembali

Ok. Gua mahu aktif di sini kembali. Pagi pertama gua di kampung yang sudah hampir setengah tahun tidak dijejaki dengan tapak kaki ini, diharap mengaktifkan terus jari jemari gua untuk menari atas susunan Roman yang tak reti nak disusun seindah jawi.

Gua ingat nak telengkan kepala pembaca di sini dari kanan ke sebelah kiri. Nampak macam radikal sikit!

Gua tiba 3 jam yang lalu. Simpang terakhir sebelum menaiki bukit ke rumah, gua terserempak entah dengan siapa berdiri tercegat sebelah lori depan janakuasa TNB di bawah sana. Gua berenti, gua ingat gua kenal, rupanya tidak. Jiran baru bilang mak gua. Lama betul gua tak balik. Keh keh keh.

Niat gua nak terus tidur tak kesampaian bila kuetiaw goreng mak gua persembahkan bawah tudung saji. Tanpa banyak cerita, gua makan habis kerang-kerangnya. Ayam masak kicap pun ada sekali. Nasib baik gua sempat tahan tapak tangan daripada usap perut bila tersandar atas kerusi.

Gua ingat, besok tengahari gua nak ziarah kawan gua kat bengkel sana. Sedih benar bunyinya bila gua bilang gua dah sampai pukul 3 pagi tadi.

"Lu lambat sangat brader"

"Gua ni rabun ayam. Bawak motor malam-malam buta mana boleh laju-laju," balas gua.

Ok. Gua kena bergegas ni. Gua nak latih diri jadi wakil rakyat dekat sini. Amacam? Untung-untung boleh korek bontot Saiful Bukhari buat modal politik gua satu hari nanti. Konfirm gua nampak indah lepas gua bagi bonus setengah bulan gaji. Cincin di jari gua sembunyikan lah nanti.

Macam Michael Jackson.