hurm...penat dengan jadual kerja saya yang agak bergelimpangan ke sana ke mari, khatam juga akhirnya "Mencari Jalan Pulang" oleh saudara Kassim Ahmad. Seseorang yang saya amat kagum dengan kualiti pemikirannya. Bukan menyokong beliau, tetapi teruja dengan kebolehannya mengupas sesuatu isu yang amat-amat berat untuk difikirkan. Terasa rugi pula dilahirkan ke dunia ini sebegini lewat kerana tidak dapat hidup di zamannya dahulu. Zaman yang penuh dengan peristiwa-peristiwa yang mengubah sejarah dunia dan memulakan peringatan manusia akan dekatnya kiamat yang dijanjikan Allah SWT selama ini.
Hari ini juga menjadikan hidup saya teramat indah. Berjumpa sahabat yang baru pulang dari praktikal di Kuantan, membuatkan seluruh rindu saya padanya terubat. Sembang punya sembang, kerja-kerja saya agak terbengkalai di Store 079. Arghhh...sungguh saya tidak pernah bersahabat dengan orang sepertinya. Terlalu dia menyayangi sahabat-sahabatnya. Segala-galanya diluahkan...Habis juga la rokok 7 ke 8 batang. Lepas ini, tak lah aku kesunyian lagi di rumah indah itu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan