Jumaat, September 26, 2008

Mahameru

Bersama keroncong ini. Aku ingin menceritakan perihal persahabatanku yang amat indah untuk diceritakan. Sebenarnya, diri ini ingin mendekati dirinya setelah bertahun-tahun aku mengenalinya. Dan hari ini, aku mendengar segala dari mulutnya. Hari yang indah dan aku menangis seorang diri. Tangisan yang sememangnya sukar untuk diertikan sepanjang aku mengenalinya.

Entahlah...
Dia seakan-akan sudah merasuk naluri hatiku. Dengan riak wajah yang amat sukar untuk dibaca, aku akhirnya puas dengan hidupku. Puas dengan pencarian maksud percintaan dalam persahabatan. Menceritakan sejarah hidupnya satu ketika dahulu, satu nikmat besar pada bulan ramadan ini. Aku tak mampu kehilangannya barangkali. Walaupun aku sedar, satu hari nanti semuanya akan berubah. Tidak akan seindah ketika ini.

Syurga itu...
Dirasakan amat cantik untuk kami berdua.

Tiada ulasan: