Selasa, Mei 26, 2009

cinta monyet

Lama...
Aku menanti
Musim...
Saling berganti
Mekar layu
Di pinggir waktu

Lama...
Aku mencari
Dalam angan dan mimpi
Keujudan
Gadis misteri

Berbagai bentuk dan rupa
Bermain di ruang mata
Siapa... gerangan agaknya

Bukakanlah jendela asmara
Moga terang kamar cintaku
Moga langit menyeri warna
Mewarnakan taman hati ku

Berilah daku sayap impian
Bawalah daku di awangan
Bukakan jendela asmara
Moga ku kenal
Resah dan rindu...

Isnin, Mei 25, 2009

arghhh

apsal youtube kat cc ni cam p**i? putus harapan gua..

Ahad, Mei 24, 2009

tidur..

Sekitar beberapa hari ni, kegiatan semakin aktif. Maka automatiknya tidur gua pun semakin lama tempoh masanya. Bosan dengan mulut yang langsung tak terbuka sebaik sahaja kaki gua melangkah masuk mahligai serba indah itu, gua membuat keputusan drastik untuk tidur. Andai Einstein tau magisnya tempoh masa gua tidur untuk beberapa hari yang lalu, pasti dia akan ciptakan formula untuk menghubungkaitkan tempoh masa tidur gua dengan tekanan yang gua hadapi sekarang ni. Pasti juga A. Samad Said akan mempuitiskan mimpi-mimpi ngeri yang gua alami untuk siri alam luar sedar dan penuh imaginasi ini. Pasti juga mak abah gua akan telefon setiap hari bertanyakan khabar kesihatan diri. Kepastian yang tak pernah gua buat untuk insan-insan lain di sekeliling perjalanan gua sebagai hamba abdi. Sombong!

Sabtu, Mei 23, 2009

prejudis

is this all too familiar?
does it happen all the time?
i'm just asking you to hear me.
could you please, just once, just hear me?
more then anything you wanted to be right.

still it's you,
it's you I can't deny

Jumaat, Mei 22, 2009

sifu~

cikgu suhainiza, cikgu maimunah, cikgu rahim, cikgu masitah, cikgu jumaat, cikgu samsiah, cikgu ali, cikgu zain, cikgu suhaila, cikgu matpet, cikgu kadir, ustazah salbiah, cikgu amin, ustad bera, puan salmi, mr bani, cik thuraiya, pn rozita...

Punye la banyak cikgu gua, tu je yg gua ingat secara langsung. Selamat hari guru.

Anugerah guru terbaik sudah tentu la milik mak dan abah gua....

Khamis, Mei 21, 2009

"MAHKOTA"

Wilayah mana kutuju
Daku temui secantikmu
Termenung aku di sudut silam
Menunggu
Adakah benarnya harapan
Kan tiba

Bangkitkanlah
Semangat untukku bertemu
Janganku yang bersalah
Terus untuk bertemu

Rabu, Mei 20, 2009

tracking an existence

"terkenang saat-saat bergelumang dengan nombor dan buku-buku di malam peperiksaan suatu ketika dahulu.."
"teringat detik kesungguhan melangkah kaki menapak setiap anak tangga pada masa itu"
"terkejut dengan budaya yang mengharu serta memutarbelitkan tujuan kewujudanku"
"terpegun dengan istilah sebenar kehidupan yang penuh ranjau berliku"
"tercipta sesuatu yang unggul pada ketika rambut beruban dan kemas bersepatu"
"terwujud seribu liku dalam mencari kehebatan seseorang individu"

Isnin, Mei 18, 2009

trip to Kinrara

No one I think is in my tree, I mean it must be high or low.
That is you can't you know tune in but it's all right.
That is I think it's not too bad.

Let me take you down, 'cause I'm going to Strawberry Fields.
Nothing is real and nothing to get hung about.
Strawberry Fields forever.
Living is easy with eyes closed, misunderstanding all you see.
It's getting hard to be someone but it all works out.
It doesn't matter much to me.

Ahad, Mei 17, 2009

valuable sickness

Setelah dikaji selidik untuk beberapa hari yang lalu, gua rasa seolah2 semangat membara menyebabkan gua lupa daratan untuk beberapa ketika. Saat arahan2 gua dipatuhi, gua rasa macam tak selesa dengan kepatuhan mereka.Gua mahukan diorang tau ape yg perlu diorang buat. Gua tak suka diarah, maka secara logiknya gua tak suka mengarah. Dan disimpulkan disini, memang Tuhan dah letak kan posisi dan posesi gua macam tu. Dan demi kemajuan peribadi gua, dan adik-adik ditempat kerja gua, gua rasa diplomasi adalah taktik yg terbaik dalam skill kempimpinan gua insyaallah..~

Sabtu, Mei 16, 2009

malam kenduri yang lalu

"cubaan menggoda gua untuk gua belikan eskim lembu mangkuk besar versi terbaru kat kedai apek sekitar kampung gua"

Gua tergoda beb akhirnya, tapi bukan kat budak kecik ni sebab budak kecik ni sepupu gua. Gua tergoda dengan anak apek jual eskim tu yang dulunya satu kelas ngan gua masa gua menengah tinggi dulu. Lepas dah tergoda, gua balik umah la dulu sebab umah gua ade kenduri masa tu.

Beberapa jam selepas tu, gua benci dia balik sebab kawan gua ingatkan gua yang dia kena buang sekolah sebab mengandung anak luar nikah masa dia baya-baya gua sama-sama ponteng sekolah dulu. Nasib baik gua tak mengandung anak luar nikah.

Jumaat, Mei 15, 2009

klasik amerika

"We've got to get better," I said, "It's all in your head."
We could live through these letters or forget it all together
See the months they don't matter it's the days I can't take
When the hours move to minutes and I'm seconds away

Just ask the question come untie the knot
Say you won't care
Retrace the steps as if we forgot
Say you won't care
Try to avoid it but there's not a doubt
And there's one thing I can do nothing about

When all that we need is just a reaction
It's too much to ask for when there's no attraction anymore
If chasing our dreams is just a distraction
I want to remember when I know that I can't go back

Khamis, Mei 14, 2009

analogi 0.1

gua mencari-cari sesiapa yang ada lagu ni dalam koleksi emas rock terunggul mereka..


Si Dara Bukan Menangis Kerna Krakatua
Tapi Kerna Bawang Dihiris, Malam Pengantin
Si Uda Bukan Merintih, Kerana Petaka
Tapi Kerana Lagu Digema , Pagi Merdeka

Merah Warna Kuntum, Penyeri Mata
Akan Hilang Seri Dan Erti, Tanpa Cahaya
Cinta Jadi Perdu, Hidup Sempurna
Akan Hilang Bekas Dan Makna, Tanpa Belaian

Siapa Harus Hulurkan
Bunga Rampai Cinta
Ditangan Insan Yang Hilang
Kasih Sayang Sangat Diperlu
Bagai Kehidupan Memerlukan
Air Dan Api

Rabu, Mei 13, 2009

"lagu yang mencelikkan mata gua, melancarkan pernafasan gua, dan mengorek-ngorek telinga gua" - Wakkang.

Sebuah panggung yang bernama minda
Yang mengganbarkan pelbagai cerita
Banyak cerita cinta penuh adegan duka
Putus kasih rindu dendam segala
Tapi
semua khayalan
Hanya sekadar menghiburkan
Kita terlupa pada yang benar
Ataupun takut tersalah tafsiran
Panggung khayalan ini
Menjadi gedung sepi
Kenyataannya sembunyi di hati
Lantas bertambah lah mimpi
Tiada siapa peduli
Dalam panggung cerita ini
Penonton menangis ku ketawa
Mereka gembira aku yang berduka

Selasa, Mei 12, 2009

rindu jiwa kalbu sayu pilu terharu


gua kata kat abang gua...
ADAM tu Aku Darah Anak Malaysia...

abang gua buat bodoh je sambil usik2 pipi anak dia...

Isnin, Mei 11, 2009

ibu ratu hatiku

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there
Back where I'd love to be

Dear God
the only thing I ask of you
is to hold her when I'm not around
when I'm much too far away
'Cause I'm lonely
and I'm tired
I'm missing you again
Once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps
and all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories
will have to help me through

Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
when hope begins to fade...

Selasa, Mei 05, 2009

dari jemapoh ke manchestee

mata semakin semak dengan batu-batu yg terbentuk menjadi hutan simpan kononnya...
telinga semakin bingit dengan kesibukan manusia yang bangga dengan duit dan hartanya...
kulit semakin pedih merasai kehangatan oksigen yg memenuhi ruang legarnya...
nafas semakin sesak dengan kualiti udara yg semakin sukar diramalkan kesuciannya...
hati semakin sayu dengan bayang-bayang saudara mara yang meramalkan kejayaannya...
jiwa semakin resah dengan hala tuju yang entah ke mana-mana...

semuanya pudar dan kabur setelah asap nikmat itu dihirup dan disedut sedalam dalamnya...

Sabtu, Mei 02, 2009

cuai

Keadaan cemas untuk beberapa saat. Kereta yg gua pandu hampir terperosok ke kiri jalan. Yang gua dengar cuma nama gua disebut beberapa kali oleh kelindan merangkap member baik gua yang juga tuan punya kereta. Dan dengan kecekapan ala-ala alex yoong ketika memandu Proton Wira, gua berjaya mendaratkan kereta itu di bahu jalan dengan tenang dan bersahaja. Empat pasang mata memeriksa keadaan kenderaan dan lalu lintas. Sunyi.

* * *

Majlis makan-makan di warung mamak malam itu dibatalkan secara tiba-tiba oleh member gua. Dengan alasan "gua dah tak larat nak bangun kuar dari kete ni beb...!"

* * *
Kemarahan maksimum gua menyebabkan kereta yg gua pandu hampir tersasar ke tiang lampu sebentar tadi.

Jumaat, Mei 01, 2009

panggilan dari kampung

Beberapa jam dari sekarang. Akan ku pastikan rumah itu takkan sunyi. Pekan itu juga tak akan sepi. Kawan-kawan pula tak rasa menyendiri. Dan semasa kenduri. Aku akan mencari. Merenung realiti. Kat tepi tangki. Melakar imaginasi. Bekalan esok hari. Agar diri. Tidak sunyi. Tidak sepi. Tidak menyendiri.

Kejar mengejar imaginasi. Berpijak pada realiti. Mencari diri. Dan berbakti. Tulen. Jati. Asli.

*entri ditulis sambil mendengar lagu raya. entah kenapa...