Sekitar beberapa hari ni, kegiatan semakin aktif. Maka automatiknya tidur gua pun semakin lama tempoh masanya. Bosan dengan mulut yang langsung tak terbuka sebaik sahaja kaki gua melangkah masuk mahligai serba indah itu, gua membuat keputusan drastik untuk tidur. Andai Einstein tau magisnya tempoh masa gua tidur untuk beberapa hari yang lalu, pasti dia akan ciptakan formula untuk menghubungkaitkan tempoh masa tidur gua dengan tekanan yang gua hadapi sekarang ni. Pasti juga A. Samad Said akan mempuitiskan mimpi-mimpi ngeri yang gua alami untuk siri alam luar sedar dan penuh imaginasi ini. Pasti juga mak abah gua akan telefon setiap hari bertanyakan khabar kesihatan diri. Kepastian yang tak pernah gua buat untuk insan-insan lain di sekeliling perjalanan gua sebagai hamba abdi. Sombong!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan