Jumaat, Jun 26, 2009

abah

Dalam pada gua sedang menjalankan tugas untuk beberapa hari yang lepas, kuat pula permintaan hati untuk memanggil suara mak dan abah. Dengan pantas, jari mengketik mencari-cari nombor untuk dipanggil. Disambut meriah dengan suara yang langsung tidak menunjukkan riak-riak kesedihan, mak petah bercerita. Perihal abah yang kini rindukan cucunya pada setiap pagi. Perihal abah yang mendengar tangisan cucunya setiap pagi. Perihal abah yang bersorak riang mendengar persetujuan gua untuk kembali ke persada ilmu. Perihal abah yang risau memikirkan masa depan gua.
Air mata gua agak murah untuk turun pada pagi itu. Sebab tu abah tak tunjuk kesedihan dia pada anak-anak. Sebab dia tau anak-anak dia akan turut mengalirkan air mata.
Cerita kemudiannya disampaikan pada yang empunya cucunya itu. Terdiam seketika abang gua.
"sape suruh lu kasik abah jaga anak lu, kan dah haru," kata gua.
Gua menyambung tugas-tugas yang tertunggak dalam beberapa minit....

Tiada ulasan: