Yang ingin diceritakan sebenarnya adalah perbualan kami dalam kereta setelah usai segala urusan penyamakan dan pembersihan rumah yang bakal mereka duduki tak lama lagi. Berasaskan lagu Search yang berkumandang dari celah-celah kesesatan kotak bergerak yang pelbagai itu, gua bertanyakan,
"album yang mana di long?"
Diperlahankan sedikit runut bunyi itu, lalu menjawab, "gema di timur jauh"
"Patut la lirik dasyat"
"Kenapa? aku tak faham"
Gua memulakan dengan menceritakan apa itu Orientalis dan bagaimana halus ajaran timur itu berjaya diterapkan dalam pemikiran manusia seusia gua secara ringkas, dan Search menterjemahkannya dalam muzik mereka. Maka tajuk album yang dipilih adalah kerana itu jeritan dari timur untuk orang-orang timur yang hanyut dengan arus kemodenan dek kebutaan matahati mereka yang melihat berpaksikan dunia barat.
"kitalah watak-watak perkasa, yang selalu kita mimpi-mimpikan dulu."
"citamu menggunung, tapi kau tak tertanggung, kerana otakmu seperti tong-tong kosong"
"kita berserta dalam perjuanganmu, merasa sengsara dalam merasa perlu"
Daripada Hudhaifah bin al-Yaman dia berkata: "Biasanya orang akan bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang kebaikan tetapi aku akan bertanya mengenai keburukan kerana takut ia akan menimpaku. Aku katakan: Wahai Rasulullah! Sebelum ini kami berada dalam kejahilan dan keburukan kemudian Allah datangkan kepada kami kebaikan ini. Adakah setelah kebaikan itu keburukan? Beliau menjawab: Ya. aku berkata: Adakah setelah keburukan itu kebaikan? Beliau menjawab: Ya, dan padanya ada kabus. Aku berkata: Apakah kabus itu? Beliau bersabda: Adanya golongan yang mengikuti sunnah selainku dan mencari petunjuk selain dari petunjukku, kamu mengenali mereka tetapi kamu mengingkari mereka (dekat tapi jauh). Aku berkata: Apakah setelah kebaikan itu keburukan? Beliau menjawab: Ya, munculnya pendakwah-pendakwah untuk memasuki pintu neraka dan sesiapa yang mengikuti mereka akan dicampakkan kedalamnya (neraka). Aku berkata: Wahai Rasulullah, gambarkanlah mereka. Beliau bersabda: Ya, mereka memiliki kulit yang sama dengan kulit kita dan bahasa yang sama dengan bahasa kita. Aku berkata: Apakah yang patut saya lakukan apabila hal itu berlaku? Beliau bersabda: Hendaklah engkau masuk dalam jama'ah umat Islam dan Imam mereka. Aku berkata: Jika seandainya tiada jama'ah atau imam mereka? Beliau bersabda: Hendaklah engkau meninggalkan semua golongan-golongan tersebut walaupun engkau terpaksa menggigit batang kayu, sehingga ajal menjemputmu dan engkau tetap dengan keyakinanmu".