Jiwaku mula tertekan, haus dan lapar membuatku marah pada alam, aku menghentam-hentam tanganku dengan geram ke padang pasir yang gersang dan panas. Sekujur tubuhku terbakar bagai di atas bara api oleh matahari terik. Aku menangis semahuku, tapi pelik, tak sebutir pun air mata menitis, seakan ikutkering kontang.
Tubuhku yang semakin lemah memaksa aku kembali memakan kaktus yang masih tersisa. Aku tidak tahu lagi untuk berbuat apa, kaktus ini seperti jawapan dari derita lapar dan haus yang aku alami. Setelah habis aku memakan rumpun kaktus itu, aku meneruskan semula perjalanan panjang tanpa arah.
Sejauh mata memandang, hanya lautan pasir yang tiada penghujung. Sebuah awal dan akhir perjalanan yang tidak kufahami bila ianya bermula dan berakhir. Tiba-tiba sahaja aku sudah berada di tengah gurun padang pasir, dalam keadaan lapar dan dahaga.
Hujung timur, barat, utara dan selatan hanya permaidani pasir yang hanya melihatkan fatamorgana saja....
Tak terawali dari sebuah niat
Tak terakhiri dari sebuah harap
Seketika kudapati jasad
Dalam kongkongan sahara
Dari mana aku?
Hendak kemana langkahku?
Perit berterusan menahan sang suria membakar segala
Mendidih darah, melumpuhkan raga
Langit...Ceritakanlah awal penderitaan ini
Bumi....Ceritakanlah akhir perjalanan ini
Apakah seksa ini takdir yang harus ku terima?
Tanpa sebab, tanpa mula, tanpa makna
Terbenam hilang tanpa arah
Melangkah maju mencari kunci hujung jalan
Fatamorgana hanya bekal yang tak kunjung nyata
Namun harap akhir perjalanan
Menjadi nafas setia mengharungi padang bara
Wahai, yang aku tidak tahu
Kenapa terbelenggu dalam sketsa ketidaktahuanku
Kenapa langit memurkaiku
Kenapa bumi menyeksaku
Kenapa cerita hidup ini, tak menentu
Luka jasad luka hati
Berlumur luka berlumur seksa
Untai kata tak sepatah terucap
Nafas hidup hanya tinggal harap
Sampai masa yang tak ku ketahui
Sampai saat, hingga mungkin aku mati....
Aku berjalan entah ke mana. Bekal kaktus sudah tak tersisa. Samar pandangan mulai terasa. Tubuh sudah tak kuasa berdiri. Langkah semakin perlahan, dan akhirnya....jasad terhempas di gurun yang teramat gersang dan panas. Harapan akhir terucap, terdengar perlahan dari mulutku, semoga seteguk air dapat membasahi kerongkong yang semakin kontang...
"A...a....air....!!!" ucapku perlahan. Mataku mula tertutup perlahan, kerana tidak berdaya lagi menahan seksa yang menimpa jasad.
Sejenak kemudian mulut tidak mampu lagi berkata-kata. Mata telah tertutup rapat. Dan tiada lagi harapan, hanya menunggu ajal yang perlahan-lahan akan lenyap...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan