Isnin, April 28, 2008

maybe memories

Kesatuan ini telah ditubuhkan sekitar pertengahan tahun 2004. Walaupun pada mulanya anggota kesatuan ini agak sukar utk berkomunikasi sesama sendiri, namun segala masalah dapat di atasi dengan adanya jiwa dan hati, bahasa dan budi, begitu juga dengan adab dan pekerti. Mereka telah berjaya menjadi sesuatu untuk diri mereka sendiri. Adapun saya adalah anggota yang paling kacak di sini, namun sedikit pun mereka tidak ambil hati. Kah kah kah. Memang "putih" yang sedikit itu nyata memberi kesan besar buat gelitanya hitam.

Adapun, setelah beberapa ketika, kami telah dipisahkan atas tuntutan yang saya sendiri tak dapat pastikan. Kami masih seperti dahulu rohaninya. Zahirnya, cuma untuk sekelumit masa. Cinta para sahabat sememangnya tidak akan luput ditelan seribu macam kenangan. Pernah satu ketika, 4 jenis mee segera yang berlainan perisa dan jenama telah kami satukan. Disatukan atas satu perasan sejagat yang amat luar biasa, iaitu LAPAR. Periuknya pun, periuk pinjam. Alangkah indahnya. .

p/s : tarikh pada gambar ini adalah kesilapan kamera yang telah dicuri beberapa bulan kemudiannya. Jahanam punya angah!


Gambar ini telah dijadikan perhiasan dinding kepada para penggemar bola sepak daerah Kuantan kerana dipercayai telah merakamkan wajah bintang-bintang pujaan hati mereka. Akan tetapi, perasaan suka mereka telah terbantut setelah melihat pasukan ini dibelasah teruk oleh pasukan dari Nigeria pada peringkat separuh akhir Kejohanan Futsal Terbuka Kolej IKIP di Kuantan. Walaupun saya tidak dapat bermain atas ketidaklayakan perut saya ketika itu, kepura-puraan saya bertindak sebagai wartawan dari majalah Mangga telah menyebabkan ahli pasukan asal Kaki Bangku FC telah meningkat dari 5 orang kepada satu jumlah yang tak dapat dijangkakan.




Gambar di sebelah ini bukanlah dirakamkan untuk tujuan-tujuan komersil seperti menjadi model untuk seluar dalam Guess yang kini amat terkenal di pasaran Malaysia. Falsafahnya menceritakan tentang keunggulan ciptaan tuhan yang menyeragamkan pasir-pasir yang putih itu dengan tona warna yang amat mendamaikan. Kehadiran 2 orang manusia itu adalah tidak disengajakan. Maka, si pengambil gambar pun mengamuk kerana tidak menyedari kehadiran saya dan seorang lagi "kawannya" di situ. Gitar adalah simbolik kepada kekacauan yang telah menguasai seantero dunia akibat dari agenda syaitan yang ingin menyesatkan manusia.




Sekian, laporan dari berita dunia. Dunia saya ya. Bukan dunia anda.

Tiada ulasan: