Dengan bismillah aku mulai
Mengarang syair peredaran ini
Serta memuji kepada ilahi
Mengucap syukur petang dan pagi
Meminta kepada tuhan yang Esa
Serta nabi junjungan kita
Ampuni juga sekelian dosa
Wahai sahabat hendak dengarkan
Kakak dan adik cuba fikirkan
Maksud syair peredaran zaman
Menyuruh kita kuat beriman
Macam mana kita atas dunia
Pagi dan petang membuat kerja
Amal ibadat tertinggal sahaja
Tidak dikenal dosa dan pahala
Sungguhpun wajib mencari nafkah
Berbuat amalan janganlah lengah
Pesuruh Allah jangan dibantah
Kalau dibantah banyaklah salah
Jikalau ada kita beriman
Mendapat untung hari kemudian
Bukan tak boleh kita berjalan
Larangan Allah hendaklah ingatkan
Jangan terjebak kepada kejahatan
Baik lelaki ataupun perempuan
Kebanyakkan kita zaman sekarang
Suka berjalan pagi dan petang
Mabuk bernyanyi berdondang sayang
Tidak dikenal jiwakan hilang
Zaman sekarang mempunyai masa
Suka berjalan ke sini ke sana
Waktu sembahyang tertinggal sahaja
Setiap waktu wajib dilaksana
Manalah kita kaum islam
Bangunlah tidur daripada malam
Hari yang terang disangka kelam
Dunia yang lata hampir tengelam
Kaum kerabat semua serta
Janganlah lalai menuntut agama
Jika tak ada amalan kita
Di padang masyar mendapat siksa
Abang dan adik cuba fikirkan
Dalam al-quran Allah terangkan
Mana sahabat taulan saudara
Saya tuliskan sedikit sahaja
Kiriman Allah tuhan yang kaya
Jikalau banyak susah fahamnya
Kitab ini kalau difaham
Penuh rasanya laut yang dalam
Kalau dikembang seluas alam
Susahlah kita mendapat faham
Fahamkan sahaja sedikit ini
Habis selaman ditambah lagi
Campuran syair peredaran ini
Sebelum sampai ke hadis nabi
Sekarang ini atas dunia
Banyak si kafir dari ulama
Disebab malas menuntut agama
Disangka kekal atas dunia
Kita di dunia macam dilokap
Hati tak senang makan tak sedap
Waktu malam tidur tak lelap
Menanti masa lepas dilokap
Janganlah buat kerja maksiat
Kalau dibuat dapat laknat
Dilarang Allah dengan Muhammad
Elok dihentikan supaya selamat
Membuat maksiat tidak berguna
Cubalah fikir sanak saudara
Atas dunia banyak rencana
Di akhirat nanti mendapat siksa
Kalau diingat hari kemudian
Tuntutlah ilmu serta amalkan
Janganlah juga kita jahilkan
Kerana pesuruh daripada tuhan
Pesuruh Allah tuhan yang Esa
Kepada kita atas dunia
Tuntutlah ilmu bersama-sama
Supaya boleh dapat pahala
Dunia ini kampung yang lata
Lama dan lambat tenggelam juga
Jikalau ada ilmu di dada
Bolehlah kita senang sentosa
Kebanyakkan kita waktu muda
Pagi dan petang bergurau sahaja
Umurkan pendek tidak disangka
Entah besok entah pun lusa
Apabila cukup umurnya kita
Tentulah tinggal dunia yang lata
Anak dan bini entah di mana
Wang beribu tidak berguna
Jikalau ada anakanda kita
Elok diasuh sekolah agama
Sampai terang lafaz makna
Emak dan bapak dapat pahala
Apabila anak sudahlah besar
Jikalau ia sungguh belajar
Tak payah lagi kita mengajar
Dia belajar yakin kekal
Emak dan bapak jikalau sungguh
Semenjak kecil anak diasuh
Tuntut ilmu bersungguh-sungguh
Di padang Masyar menjadi penyuluh
Jikalau dapat anak yang soleh
Hati di dalam lagi bersih
Di pandang muka banyak jernih
Seperti kain yang amat putih
Anak yang soleh jikalau dapat
Atas dunia tinggi darjat
Di akhirat nanti berlipat-lipat
Masuk syurga yang tinggi pangkat
Zaman sekarang mempunyai masa
Banyak mengikut kelainan bangsa
Seperti kapir yang derhaka
Tidak mengikut junjungan kita
Berapa banyak macam agama
Di dalam alam atas dunia
Agama islam tertinggal sahaja
Bangunlah islam sanak saudara
Orang islam bangsa kita
Ikutlah surah tuhan yang kaya
Elak sentiasa apa larangannya
Supaya maju agama kita
Islam itu agama yang tinggi
Lain agama jangan peduli
Seperti agama orang yahudi
Larangan Allah serta nabi
Firmannya Allah ada berjumpa
Serta hadis junjungan kita
Saya tafsirkan sedikit sahaja
Ayatnya Allah tuhan yang kaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan