Jumaat, April 24, 2009

sekitar perbualan pagi semalam

Gua tarik kain pelikat. Ejas betul-betul kat atas pusat. Cari sedikit minuman, tapi haram setitik pun gua tak dapat. Langkah semakin gagah turun ke tingkat bawah. Gua dikejutkan dengan sapaan kawan serumah gua. Syukor nama beliau...

"Mar, tadi masa aku tido, ada orang datang cari ko"

"Sape plak?" tanya gua dalam keadaan celaru.

"Dia kata lawatan rasmi dari angkatan khas tentera laut amerika" jari beliau terus mengketik pengawal stesen permainan itu.

Gua keliru. "Lepas tu ko kata ape?"

"Aku tanya parking kapal kat mana? Dia jawap, dia parking dalam lubang tandas ko"

Gua syak budak-budak ni sneak in dalam toilet bilik gua dan claim ade Submarine kt dalam lubang tu....

Tiada ulasan: