Bulan puasa tahun ini antara yang paling mendebarkan jiwa raga gua. Bercampur-campur perasaan yang bergolak sama ada mempermainkan janji atau ditetapkan hati. Bagaimana ketetapan hati yang ingin gua cari sebenarnya?
Gua sedar gua perlukan ilmu. Gua sedar dalam lingkungan usia yang sudah semakin dewasa, gua daif dengan ilmu itu dan ini. Terkadang ilmu juga sudah ada, tapi sukar untuk diamalkan. Mungkin yang berada di antara kedua itu perlu diperkukuhkan lagi.
Tapi gua tersepit.
Meremang bulu roma gua memikirkan apa yang berlaku pada ramadan yang lalu.
Suka untuk gua menceritakan kembali akan kedatangan ramadan lalu yang gua sambut dengan keadaan yang begitu hina sekali. Kotor segenap hati, busuk sekujur diri. Bukan kerana akhlak yang jijik, tetapi dek kerana tidak tahu apa matlamat sebenar segala tindak tanduk selama gua menjadi manusia di atas muka bumi ini.
Teorinya, gua tahu apa yang perlu di kawal, apa yang perlu di ambil perhatian. Tetapi sentuhannya tidak ada, keperluannya juga tidak di rasa. Darah dingin dan segan-segan melancarkan peredarannya. Sejuk. Beku.
Gua lemas.
Jadi, kira-kira dalam setahun yang lepas ini, kembali pada asal usul diri gua susun perlahan-perlahan. Kadang tergelincir dan kadang tegak berkeras. Gua belajar apa itu biologi, baru gua boleh faham apa itu psikologi. Kalau tak, tak usah mimpi mahu menguasai sosio ekonomi. Gua hempuk-hempuk badan gua ke dinding. Gua hentak-hentak kepala gua ke tanah. Gua injak-injak tapak kaki gua ke udara, gua genggam erat kedua tapak tangan yang ada.
Jadi, atas sebab-sebab demikianlah, gua rasakan yang puasa tahun ini akan lebih menjanjikan sesuatu yang sangat indah dan debaran yang gua rasakan itulah yang perlu gua kawal dan ambil perhatian. Kalau ekonomilah teorinya, risiko yang tinggi akan memberi pulangan yang tinggi.
Entah. Mengarut -ngarut pulak entri ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan