Rabu, Disember 21, 2011

Sirna

Lebih kurang jam 7 bangun dari tidur. Tengok-tengok jam, dan mundar-mandir tak tentu hala cari rokok, dan gua hisap.

Gua baring lagi atas katil, penat, dan gua kena mandi. Gua capai tuala, dan terus mundar-mandir lagi. SMS kata, gua kena datang kejap lagi. Perlu bantuan untuk transit karipap 300 biji ke Damai sebelum ke Kampung Pesagi.

Lepas siap-siap semayang Maghrib, mula-mula gua ingat nak pakai selipar, tapi hujan lebat masa gua tidur tadi, bukan main sejuk kesannya. Gua pakai kasut siap-siap.

"Bukan main kemas lagi ko"

Gua senyum, atau gua ada kata apa-apa waktu itu, gua lupa waktu gua karang entri ini. Enjin dah lama gua start, gua tinggal kejap semata-mata nak pergi pakai kasut.

"Baru panas sikit," getus hati gua.

Lebih kurang pukul 8 gua sampai dan beberapa saat lepas gua turun motor, terintai-intai kekasih hati tersengih-sengih dengan helmet dijinjing di jari tangan kirinya.

"Lapar"

Lalu dia labuhkan punggungnya atas tempat duduk belakang motosikal laju milik gua.
Senyum-senyum cuba memandang ke arah gua yang terkebil-kebil memikir nak makan apa malam ni. Walaupun sebelum tidur jam 3 tadi gua dah makan ikan keli bakar dengan sayur taugeh dan 2 sudu telur dadar hancur, gua lapar. Celaka punya hujan.

"Kedai mamak, abang nak makan kari kambing!" tegas bunyinya.

"Boleh jugak," katanya dengan intonasi yang gua seringkali ajuk bila gua cakap-cakap dengan kawan-kawan gua yang lain.

Gua dirasuk.

Sampai di kedai mamak, gua pusing-pusing cari meja kosong dan duduk sebelum ditegur kekasih hati.

"Jom cedok nasi."

"Ok," balas gua.

Gua cedokkan nasi dengan jumlah yang lebih kurang sesuai mengikut saiz perut kekasih hati. Dan gua hulurkan padanya, lama sebelum dia bersetuju dengan jumlah beras sebanyak itu, kemudian mengangguk dan mencapai pinggan sebelum membelai-belai hujung jari di bibir berfikir tentang lauk yang ingin dijamah.

Gua pula, memang tak ada lauk lain kalau kedai itu yang gua singgah. Nasi, kambing masak kari, sayur kobis, telur masin dan kayu manis yang gua nampak atas gumpalan nasi beriani.

Boikot mamak!

Makan dan makan, sembang dan sembang. Asap rokok kepul-kepulan, barli suam jadi tapisan.

"Jom jumpa uncle"

Setuju juga dari kekasih hati. Singgah 7-Eleven dan mencucuk keluar duit simpanan lalu bergegas mahu jumpa uncle.

"Laju!"
"Perlahan..."
"Sini sikit..."
"Sana sikit!"
"Bukan yang itu, yang ini..."
"Nak tidur kejap boleh?"
"Penat."
"Jom gerak."

Uncle tercengang-cengang.

Bergegas motosikalnya membelah lebuhraya dengan bekas plastik antihaba itu membuka luas celahan kangkang gua. Gua tak mahu pandang ke penanda aras minyak. Nyaris-nyaris habis ketika satu kilometer terakhir sebelum sampai ke stesen. Lepas isi 6 ringgit gua tinggalkan syarikat penipu yang banyak berjasa pada bukan melayu itu.

Tiba di Damai.

Duduk-duduk panaskan badan. Hisap rokok sambil pung-pang pung-pang cerita pasal taubat. Cerita pasal sufi, cerita pasal istiqamah. Cerita pasal sabar. Cerita pasal kucing berbulu hitam. Kemudian, sama-sama masuk ke dalam lif, menuju ke tingkat 11.

Plastik antihaba itu diletakkan diluar, kekasih membuka pintu untuk tidur sebelum pulang ke kampung halaman di pinggir Sungai Pahang sana. Gua melambai-lambai berulang kali sambil meluahkan kasih sayang pura-pura dari hati.

Dalam perjalanan pulang, gua silap masuk simpang. Gelap jalannya. Gua perlu untuk lebih memberikan fokus pada garis putih di pinggir jalan.

"Kurang sikit lajunya dari perjalanan membelah lebuhraya sewaktu ke sini tadi," kata gua menghibur hati.

Sampai dalam bilik, duduk-duduk lagi. Kemudian masuk ke bilik sebelah. Mencari sahabat yang sama-sama pernah berjuang suatu ketika dahulu. Tapi dia tak ada, katanya seharian mahu lepak di Bukit Raja sana. Gua geleng kepala sambil mendefinisikan feudalisme.

Dan di atas mejanya, ada sebuah buku. Tajuknya "Apa Kau Cari"

Penulis itu bilang, semua orang sakit. Aku juga sakit. Mereka juga sakit. Semua mereka tidak tahu ke mana mahu pergi. Dan aku, hanya propagandis kepada diriku sendiri. Kata mereka, aku ini, pejuang yang memberontak, atau pemberontak yang berjuang?

Tapi, perihal semua sakit itu, gua tepis halus dari sudut hati.

Tiada ulasan: