Jumaat, Ogos 22, 2008

hampa...kepada diri

Sepi di luar.
Sepi menekan mendesak.
Lurus kaku pohonan.
Tak bergerak
Sampai ke puncak.
Sepi memagut,
Tak satu kuasa melepas-renggut
Segala menanti.
Menanti.
Menanti.
Sepi.
Tambah ini menanti jadi mencekik
Memberat-mencekung punda
Sampai binasa segala.
Belum apa-apa
Udara bertuba.
Setan bertempik
Ini sepi terus ada.
Dan menanti.

Khamis, Ogos 21, 2008

rinduku cintaku

Rinduku sekian lama
dengan detik
Cintaku sekian lama tertulis dengan alif
Ku lukis perempuan
Kulukis rambutnya
dengan luka tiba-tiba segala derita terbuka
menjadi pusara.

Rabu, Ogos 20, 2008

syawal

kacak dari kiri : en ayep, en bobo, en bulat, en mantorot, en chewan, en usin, en apis


gusi menembusi pipi


Selasa, Ogos 19, 2008

sejuta wajah

dinginnya hari itu
dalam gerimis suasana
ketika cahaya malam
dalam pelukan rindu
menatap sejuta wajah

Isnin, Ogos 18, 2008

sepatah dua kata

bersama. hujan. flat. sebaran angin. kesejukan. aku lapar. dan aku perlukan makanan. aku haus. dan aku perlukan minuman. aku ngantuk. dan aku perlukan pelukan. aku mati. dan aku perlukan amalan.
sangap. gagap. kurang senyum. tak berapa manis. teh tarik. kurang manis. memang sedap. lontong. alam benua.
kagum. senyum. tunduk. patuh. akur. malas. kadang kadang. hidup. mudah. tidur. gundah. rokok. julianni. sahabat. istimewa. rindu. kekasih. nurbaya. namanya. kawan. tak lupa. syukur rahmat.
berkata. kesepian. menjerit. kesunyian. terduduk. melutut. terpaku. kaku.
hujan. rahmat. hujan. sial. bodoh.
semak. bilik. balik. terbalik. bantal. rindu. tidur. bangun. saman. beban. rumah. beban. teguh. cubaan. lari. bukan persoalan. duit. tuhan. tuhan. kadang kadang. bodoh lagi. konon. tekun. jujur. mencuba. bakat. asah. pensel. hilang. pen merah. pen biru. dua2. pun hilang.
judi. cina. babi. gantung. adil. saksama. uitm. mangkuk.
perang. tandus. kejam. bom. kanak-kanak. batu. dewasa. tergaru garu. kecil. api. besar. mati. berani. sekali. dua kali. kecut. perut. boroi. kurus. orang kata. untung. haram. rugi. pun haram.
kondom. curi. bagi. free. senyum. ke pagi. tidur. mati lagi. insaf. jauh sekali.
aduhai anak en. johari....

Sabtu, Ogos 09, 2008

dinginnya hari itu...

Jumaat, Ogos 08, 2008

polaroid~

I'm calculating what's left inside me. When everything I left were my life and my dreams. And every time you were proud of what you were not. This is the truth and it'll be a history. I gave you everything, I gave up my life and they were all for you, you've ruined everything! I gave you everything and I gave up my life. And they were all for you! (And they were all for you) I wonder what went wrong, it became like this when I'm not pretty sure (No, I'm not pretty sure). After all the crossings we've been through, it's not suppose to be like this. Why? And every time you're fucking proud of what you're not. I hate the truth but still it'll be a history. I swear you will know this somehow. Before it's too late and dies. Realities are so complicated I wish to see the truth shines brightly in your eyes. It's even for me, and even for you. Just try to understand! You and me, yeah I remember, Look how we were meant to be!

Selasa, Julai 15, 2008

sect 8 Shah Alam

hurm...penat dengan jadual kerja saya yang agak bergelimpangan ke sana ke mari, khatam juga akhirnya "Mencari Jalan Pulang" oleh saudara Kassim Ahmad. Seseorang yang saya amat kagum dengan kualiti pemikirannya. Bukan menyokong beliau, tetapi teruja dengan kebolehannya mengupas sesuatu isu yang amat-amat berat untuk difikirkan. Terasa rugi pula dilahirkan ke dunia ini sebegini lewat kerana tidak dapat hidup di zamannya dahulu. Zaman yang penuh dengan peristiwa-peristiwa yang mengubah sejarah dunia dan memulakan peringatan manusia akan dekatnya kiamat yang dijanjikan Allah SWT selama ini.
Hari ini juga menjadikan hidup saya teramat indah. Berjumpa sahabat yang baru pulang dari praktikal di Kuantan, membuatkan seluruh rindu saya padanya terubat. Sembang punya sembang, kerja-kerja saya agak terbengkalai di Store 079. Arghhh...sungguh saya tidak pernah bersahabat dengan orang sepertinya. Terlalu dia menyayangi sahabat-sahabatnya. Segala-galanya diluahkan...Habis juga la rokok 7 ke 8 batang. Lepas ini, tak lah aku kesunyian lagi di rumah indah itu...

Isnin, Julai 07, 2008

pakcik..

Ketika saatnya aku sedang bekerja itu, hadir seorang lelaki. Bertanyakan aku, dimana sebenarnya tuhan itu? Aku terpaku. Dirinya yang beratapkan serban dan berlantaikan capal nabi itu kuperhatikan seluruhnya. Apakah mungkin jahil insan ini sehingga bertanyakan aku hal sedemikian rupa? Maka aku menjawap, tuhan itu sememangnya lebih dekat dari urat leher kita. Dia menggelengkan akalnya lantas menunjukkan sesuaatu ke arahku. Menunjukkan aku pada tuhan yang sebenar-benarnya. Berskirt pendek dan menampakkan lurah dada. Kemudian dia membayar RM 2.20 untuk susu HL yg dibelinya sambil mengatakan, tuhan-tuhan itu adalah hamba pada tuhan yg ini. dan diakhirinya dengan kalimah, masyaAllah...Aku mengerti betapa remuk dan kecewa hatinya.

Rabu, Julai 02, 2008

dubur

lagi lagi bontot
lagi lagi bontot
lagi lagi kote
lagi lagi kote
tak sunat agaknya mereka ni
hurm...
biarkanlah aliran sungai yang satu ini
mengalir bersama-sama iblis yang bersorak di tebingnya
biarkan juga
iblis-iblis ini terjun
memperisakan sungai ini
dengan fitnah dan hati busuk mereka
sesungguhnya kuasa itu buta
biar Kuasa Yang Satu itu akan mendamaikan segalanya