Isnin, Oktober 27, 2008

bunga



adeii...dua tiga empat lima enam hari ni, kejiwangan saya berada di tahap maksimum. mungkin kerana hari jadi si dia semakin hampir. dan aku ingin menjadi hadiah paling berharga utk dia.haha...(comeback yg tidak diharap-harapkan). maaf ye pengunjung-pengunjung blog tersohorku ini...

Ahad, Oktober 26, 2008

aku dan bulan

Dan Adam ada disini…
dunianya teka-teki
kupandang demi pandang…
dimanakah dia…
bawalah aku keduniamu
kita sedarah bukankah
dan kutatap wajahnya semahuku…
kerana dia aku…

Jumaat, Oktober 24, 2008

did she miss me?

dalam pedati parang diasah
tujukan muara menjemur tandu
malam ini ranjangmu resah
nantikan suara pengendur rindu

Khamis, Oktober 23, 2008

credit to abdullahjones

Ipi : bila pak long tahu pok long ada bakat melukis?

Saya : masa tu pak long dalam perut tok. satu hari, masuk satu berus lukisan dalam perut tok.rupanya tok tertelan berus lukisan. pak long pon ambik. tiba-tiba pak long rasa pak long ni rupanya memang terror melukis.masa tok beranakkan pak long, keluar sekali dengabn berus lukisan tu. jadi pak long ni kembar berus lukisan. jadi mesti la terror melukis.

Ipi : orang kembar ular, pak long kembar berus lukisan.hihi..pak long jual lukisan pak long berapa?

Saya : biasanya pak long jual dalam 3 juta sekeping. tapi kalau orang tu miskin, pak long jual mahal sikit, 18 juta.

Ipi : kenapa?

Saya : pak long kesian orang miskin. pada dia beli lukisan pak long, baik dia beli baju anak dia.

Ipi : baiknya pak long.

Saya : memang la.

Ipi : masa pak long duduk luar negeri dulu, pak long duduk dengan sapa?

Saya : dengan mak angkat pak long.

Ipi : nama dia sapa?

Saya : elisebeth.

Ipi : dia ada anak?

Saya : ada, charles.

Ipi : kecik ke besar?

Saya : tua pada pak long tapi charles ada anak kecik, will dan henry.

Ipi : dah tu pak long makan khinzir la masa duduk sana?

Saya : ho la, kadang goreng, kadang panggang. tapi pak long paling suka khinzir mentah. makan gitu je.

Ipi : ya allah, kenapa la Ipi dapat pak long macam ni...

Rabu, Oktober 22, 2008

sidang roh

perlu satu-satu diperhitungkan kembali
hari ini kita dewasa
tanpa Tuhan tanpa impian
kerana besok mungkin terlalu lewat
bagi kiamat yang telah ditangguhkan.
bukan aku sinis
kau jangan mengatheis
beritaku dari mereka yang lupa bagaimana untuk hidup
maka demikian perlu kata-kata
supaya maut kita jangan kerana bisu.


Kassim Ahmad
Petaling Jaya, Ogos 1960
"maka demikian perlu kata-kata..."

Selasa, Oktober 21, 2008

A.L.O.N.E

Sepi. Hanya ada tangga batu flet yang kusam. Ada air hitam berlendir dan baunya menusuk sampai ke tekak. Entah apa yang tumpah, dan dinding flet yang berwarna coklat cair pula berconteng dengan kata-kata, 'Ingat 5 sebelum 6'.

Ahad, Oktober 19, 2008

romantikarat

uruslah mudah lembar tenggala
kiat pedati hala ke lembah
haruskah lidah bongkar segala
di saat hati mula berubah...

mananya jelma keruan dinda
sedari fajar diulit sendu
asalnya cuma gurauan canda
kini bebenar digigit rindu...

renda rangka harinya dini
baldu sutera disuruh jilbab
tiada sangka jadinya begini
rindu terdera separuh azab...

Sabtu, Oktober 18, 2008

haha

makan sini makan sana
rumah sini rumah sana
musim-musim raya ni
baru aku sedar...

ramai juga kawan aku ye...

vel en kever

diatas daun ada kumbang
memakan daun perlahan-lahan
setelah kenyang kumbang terbang
tinggal daun berlubang-lubang
daun berlubang tidak cantik
mata memandang hati berdetik
-ah, itu daun sudah berlubang
bekas makanan pria kumbang
itu ibarat anak gadis
tiada usaha akhir yang manis
pelihara dirimu duhai sayang
hati,hati, jangan kangkang sembarang.

Jumaat, Oktober 17, 2008

suara...

Dalam ruang sunyi
aku tergantung sepi
antara ilusi dan realiti
tergagau mencari falsafah
Tatkala hujan idea mencurah lebat
aku tergamam resah
dengan kuasa si mata pena
apakah mungkin kalimah yang akan kupantul
seiring peribadi yang unggul?
agar manfaatnya terbias ke segelintir umat
Jika aku hanya berpeluk tubuh
tak kan impian menjadi nyata
lalu kupasak tekad teguh menjunam bumi
dengan landasan kebenaran
dengan sulaman keikhlasan
atas suatu hasrat dan tanggungjawab
Maka aku cuba mencari jalan pasti
dan aku tidak akan sekali- kali berpaling arah lagi
kerana selagi nyawa dikandung jasad
amanat dan tanggungjawab akan tetap terpahat
tetap kujunjung di pundak ini
demi dua amanat...
dunia dan akhirat.