Jumaat, Oktober 17, 2008

suara...

Dalam ruang sunyi
aku tergantung sepi
antara ilusi dan realiti
tergagau mencari falsafah
Tatkala hujan idea mencurah lebat
aku tergamam resah
dengan kuasa si mata pena
apakah mungkin kalimah yang akan kupantul
seiring peribadi yang unggul?
agar manfaatnya terbias ke segelintir umat
Jika aku hanya berpeluk tubuh
tak kan impian menjadi nyata
lalu kupasak tekad teguh menjunam bumi
dengan landasan kebenaran
dengan sulaman keikhlasan
atas suatu hasrat dan tanggungjawab
Maka aku cuba mencari jalan pasti
dan aku tidak akan sekali- kali berpaling arah lagi
kerana selagi nyawa dikandung jasad
amanat dan tanggungjawab akan tetap terpahat
tetap kujunjung di pundak ini
demi dua amanat...
dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: