Isnin, Februari 23, 2009

saat jiwa berbicara

dengannamaAllahyangmahapemurahlagimahamengasihani.

maka malam tadi menjadi saksi betapa cair terus hati lelaki yang dah berkurun beku, ini adalah kali pertama untuk yang ketiga kalinya, aku menghayati tiap gerak geri si empunya peribadi yang indah pekerti. sungguh... terkunci suara kata,tak seiring rasanya antara hasrat dan bicara.mana hilangnya semangat arjuna yang tergenggam...?? dan malam tadi juga terserlah seribu erti akan makna jatuh hati, buat seorang lelaki desa yang hatinya mula terusik, dan bakal berbisik pada daerah jiwa yang bakal dijiwai. aku memang banyak tersengih daripada berkata. lebih senang melihat rambutnya membelai, lebih indah mencuri tenung matanya dan membiarkan terus gerak lakunya bercerita. hampir leka terus pada apa yang dia bualkan. maka hadirlah sebuah angan baru dalam episod sebuah kehidupan. hmmm.... memang putih yang sedikit itu nyata memberi kesan besar buat gelitanya hitam....

Tiada ulasan: