Khamis, September 02, 2010

Ramadhan di Kuantan

2 jurutera siap sedia menjalankan tugas masing-masing walaupun tidak dilantik secara rasmi. Seorang dari Bilut, seorang lagi dari Kampung Banggol. Bertungkus lumus nampaknya mengetuai projek yang ini.

Tin biskut dari rumah ke rumah sekitar asrama yang nun terperosok di pinggir bandar Kuantan itu, terkumpul depan mata.

"4 biji pun cukup" kata lelaki dari Bilut. Ada sedikit riak kecewa pada mukanya kerana persekitaran kami ini, susah hendak cari buluh.

Masking tape pula, memang tak pernah tak ada dalam bilik kami. Begitu juga gunting, dan perkakas lain buat lelaki yang berkecimpung dalam arena kebebasan berfikir tahap melampau itu.

Ditebuk, dikorek kesemua 4 tin biskut. Cuma satu daripada empat, tidak diratakan bahagian atas tin biskut, supaya penutupnya masih boleh berfungsi untuk proses menukar ganti karbaid.

Ada sikit-sikit tajam, bekas asah keliling bahagian bawah dalam tin biskut yang memang susah hendak dilicinkan.

"Tak jadi masalah," kata jurutera.

Kemudian, sambung satu persatu untuk dijadikan senjata ampuh. Kalau dalam konsol permainan tembak-tembak versi kanak-kanak moden, rocket launcher namanya.

* * *

Di luar sana, Beberapa petugas lain sudah mula gigih menggali bonjolan bukit yang satu itu. Betul-betul di hadapan rumah entah siapa ke nama, gua dah lupa. Yang pasti, kat tepi bukit. Baru macam cerita perang dia punya bunyi. Gua rasa, kalau gua datang balik tempat tu pun, masih ada lagi sisa-sisa sejarah kami yang ditinggalkan.

Lalu, berangkatlah sekumpulan dari dalam rumah, menuju ke medan peperangan. Tapak tempat letak ketulan bahan bakar itupun sudah siaga menunggu untuk diledak dengan cucuhan dari daun kelapa yang bersepah-sepah sekitar asrama.

Tanam sudah, kambus pun sudah. Kena pula cuaca hujan petangnya. Makin sedap tanah dia punya mampat.

Tiba-tiba!

Hujan turun lagi....

Aduhai!

Tiada ulasan: