Baru gua tahu siapa dia yang tersentap-sentap seakan terserempak cas elektrik tatkala seru perjuangan itu menyala-nyala bersama rakan-rakan yang lain.
Al-Kisah.
Tadi ada perlawanan bola sepak. Padangnya satu. Pasukannya juga satu. Pengadilnya juga satu. Sempadan gelanggangnya pula bertingkat-tingkat; susah gua nak cerita.
Siapa lawan siapa?
Wisel sebenarnya sudah ditiup entah berapa abad yang lalu. Cuma jelas dengarnya itu, bersempena rai fitrah yang akan disambut tidak berapa lama lagi.
Apabila keseluruh isi padang; pemain, pengadil, penonton, dan gelanggang itu sendiri kelihatan jelas amat kucar-kacirnya, bergulung-gulunglah antara satu sama lain. Bertingkah-tingkah caci maki antara mereka.
Sebelah dari penjaga garisan, tak reti duduk atas garisan. Kalau bergerak bersiar-siar dalam padang tak mengapa juga. Tapi, sibuk sangat ingin keluar dari medan pertarungan. Bodoh!
Penjaga garisan sebelah bertentangan, takut-takut pula angkat bendera. Entahkan terangkat Sang Saka, entahkan bendera yang lapuk bercapuk-capuk. Entahkan juga, bendera disimpan buat perhiasan peribadi penjaga garisan.
Entah juga, pemain sukar untuk memahami gerak langkah penjaga garisan yang ini. Seni!
Pengadil dalam padang sudahlah teraba-raba tak cukup ilmu pengetahuan! Sepakat bukankah membawa berkat? Penjaga garisan tolong pemain, pemain pula, menyubur gelanggang.
Tapi bagaimana?
Tak payah sepakat-sepakat. Semua mahu ke syurga. Bijak-bijaklah mengintai peluang.
Jadi, pertarungan pun bermula. Bertungkus lumus pasukan yang satu itu, menumpaskan pasukan yang itu-itu juga. Tergeliat, terkucil, terkejut, bahkan tertidur juga ada. Ada jaringan sah, ada jaringan batal! Ada jaringan cantik, ada jaringan murahan.
Adapun dikenal pasti sudahnya, para penjaring itu, perlu punya kriteria masing-masing. Ada kaki senget, ada kaki tegap. Ada berbulu kaki, ada yang botak. Ada but jenama murah, ada but kosmopolitan.
Itulah. Yang tersentap-sentap itu. Bila mana yang senget, juga harus ada arah yang satu. Yang tegap, punya tuju yang jitu.
Yang berbulu kaki, punya harga diri. Yang botak, pandai menggertak.
Perihal but, jenama murah atau mahal?
Tak jadi masalah....
Biar tiada gaji. Asal ada taji.
p/s : semalam, waktu bersahur, gua terlihat sepasang belangkas. Terhangguk-hangguk kepala sambil membincang perihal solat terawih di Mekah secara langsung dari kaca TV kedai. Bila diperhati lebih lagi, megah sungguh si lelaki menayang bulu kaki. Serupa pula bulu kakinya itu dengan yang perempuan punya penutup kepala. Berserabut macam bulu kaki itu juga.
Seketika, lelaki itu bangun dan berpusing menuju kaunter.
Pada baju ada gambar huruf U besar. Harvard!
Keh keh keh...
Hark Ptuih!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan