Rabu, September 01, 2010

Acuan

Dalam dunia ini, mereka kata punya sebab, punya akibat. Punya adat, punya akal.

Contohnya begini. Api itu panas dan memang akan panas seperti luka yang kamu dan aku alami apabila jarum mencucuk hujung jari. Ia seakan matematik pada hukum adat. Jumlahnya 3 kalau yang dicampur itu serba satu dalam 3 siri berbeza. Ia tidak berubah-ubah.

Sedang akal mampu saja untuk memikirkan lebih dari itu. Adat api yang membakar, adat jarum; cucuk dan berdarah, bisa dipecahkan kepada dua kerana sifat api yang membakar itu bukan satu kemestian. Atau dalam matematiknya, satu itu bukanlah 1 yang bersifat mesti, untuk digabungkan 2 lagi satu yang berbeza untuk menjumlahkan 3.

Jika akal kamu mampu menerawang terlalu jauh tanpa sempadan maujud yang berbatas ini, nescaya kamu terbang ke langit tinggi.

Terbang dalam erti kata bebas pada hukum akal untuk melahirkan kepercayaan yang suci atas mukjizat dan infiniti kuasa yang bersifat Maha itu.

Ia tidak pada sebab dan akibat se-upaya pancaindera kamu, aku dan jagat raya ini berfungsi.

Jika cuba dijelajahi juga, harus diingat sesuatu yang mustahil menurut akal, jauhlah berbeza dengan sesuatu yang tidak sanggup untuk akal itu memikirkannya. Akal memberikan hukum dan undang-undang bahawasanya barang dua yang berlawan itu mustahil berkumpul.

Jadi, sosialnya; mencuri atau buka aurat itu, tidaklah boleh sekali-kali dianggap benar pada akal. Hanya jika seseorang itu berfikir seperti orang suci kononnya dan punyai infiniti kuasa yang menolak wahyu dalam penilaian sesuatu perkara itu, cuba untuk merobek hukum yang ini.

Dan barang siapa yang tak punya ilmu tentang analisis wahyu itu, tak perlulah menonjol-nonjol kan batang pelir seolah-olah kamu tahu segala.

Dengan tidak sanggupnya akal mengetahui apakah hakikat cahaya kebenaran itu, bukanlah bermakna yang kebenaran itu tidak ada.

Dan jika seseorang itu tidak tahu hakikat kebenaran, bukan ertinya kebenaran itu tidak wujud.

Ia seakan laduni dalam pencerahan epistemologi.

Cumanya, perlulah diseimbangkan agar kebekuan fikiran tidak melanda nusantara lagi. Hebatnya barat apabila berat kepada sebab dan akibat. Jadi wali-wali yang katanya terbang dan mampu berjalan atas air itu, dibuktikan dahulu oleh mereka dengan kreativiti penciptaan kapal terbang dan juga perahu sampan.

Tiada ulasan: