Jumaat, Mac 25, 2011

Cermin

Pen gua habis dakwat
Kertas gua bercontengan entah apa-apa

Tulang kering gua makin keras
Lutut gua makin stabil
Peha gua makin berbulu
Perut gua makin kempis
Dada gua kejap-kejap tegap, kejap-kejap lembik
Bahu gua kejap-kejap lurus melintang, kejap-kejap jatuh
Leher gua tak ada gigitan cinta
Pipi gua masih berjerawat sikit-sikit
Dahi gua masih berlekuk garis
Telinga gua masih sebelah lain sebelah lain
Rambut gua makin susah nak sikat

Hipothalamus makin aktif sejak-sejak dah pandai bercinta ni.
Hippocampus masih negatif masa makan sambil duduk-duduk tengok TV1
Retikular masih belum berfungsi sepenuhnya melainkan waktu gua dengar ceramah Pakatan Rakyat

Sebab-sebab demikian ke yang membuatkan gua malas update blog?




Tiada ulasan: