Selasa, Mac 29, 2011

It may be about loving yourself, integrating ideas and attitudes. Either wish-fulfilling, compensatory, or non-sexual orientation

Sudah dua malam gua gagal melelapkan mata. Badan cuma sengal-sengal sedikit. Tapi gua rasa kalau gua lelap kejap lagi ni, gua akan gagal dalam misi gua.

Tetapi misi ini suatu ketika dahulu pernah menyebabkan situasi yang sama, berlaku. Waktu itu, gua tidur selepas bersahur dan bangun sekitar dua ke tiga petang. Dan dalam bulan-bulan yang seterusnya bibir gua terus-teruskan mendendangkan lagu di bawah ini.

Hasilnya ibarat menari di atas kepingan kertas berkotakkan hitam dan putih secara berselang-seli. Gua tak suka, tapi gua perlu untuk menewaskan sang raja yang sebelah hitam sana.


Malam ini malam gelisah
Terhantuk bendul bagai memberi petanda
Aku mesti melangkah pergi mencari penawar jampi petua
Pelindung sakti

Apa yang berlaku aku dah menjangka
Akibat melangkah garisan merah
Melawan arus putaran dunia yang rakus
Seluruh tubuh rasa terbakar, terbakar

Luar kedinginan, dalam bahang menyala
Kalaulah ada pilihan antara hidup dan mati
Aku pilih mati
Jauh dari bencana hidup

Langkah yang ku ambil ini
Pasti tidak dipersetujui
Semua orang bicara tentang kebebasan
Kebebasan tiada lagi, hanya ilusi, bayangkan

Malam ini malam gelisah
Untuk yang berwajah-wajah
Dan kalau aku temui penawar dukaku
Aku dedikasikan malam untuk manusia seperti aku

Aku..
Seperti aku...

Aku...
Malam gelisah...
Gelisah...

Aku TEWAS?

Pragmatik?

TIDAK!

Ihdinassirotolmustaqim...

Tiada ulasan: