Jumaat, Mac 25, 2011

How Much I Love You?

Dialog hari itu bersama kekasih hati melahirkan perasaan gua yang sebegini rupa. Gua cuba-cuba untuk berperilaku yang dicurigai keikhlasannya untuk berlaku bagai begitu rupa, gua lafazkan satu persatu lagu ini dihadapannya.

Ya. Gua akan katakan pada kekasih hati gua untuk sentiasa menjaga malam-malam gua yang kadang-kadang membuak-buak dek segmen hypothalamus; sebahagian daripada otak, menjadi-jadi perangainya. Hal ini menyebabkan tulang kering gua semakin keras apabila duduk bersentuh-sentuhan dengannya.

Khas buatmu sayang. Ingat pesan abang ni sungguh-sungguh.

Sejak namamu menggetar rasa
Ku khabarkan pada angin.
Bawalah daunan kering terbang jauh
dari hidupku......

Ingin aku bersama awan mengarak kembang
cantik untukmu

Jika ku tahu kaulah ciptaan terakhir
tiada ku jadi pelari sepi

Diburu mimpi demi mimpi
lalu berhenti di kaki hari....

Merenung pagi yang cerah
sekadar datang dan pergi

Kau buatku laut berpayung senja
indah suara ombak mu
memecah sepi pantai rinduku
di balik karangan batu
ikan kecil berenang riang
ingin selalu didasarmu
sesetia malam pada siang
sesetia malam pada siang


Tiada ulasan: