Tertarik dengan kenyataan saudara mengenai “peluang pekerjaan hanyalah dikuasai oleh bukan melayu”, saya merasa terpanggil untuk bersama-sama meluahkan pendapat dan pandangan saya mengenai masalah yang semakin hari semakin jelas mengarahkan orang melayu itu sendiri berada di bawah tampuk penjajahan stail baru oleh bangsa-bangsa lain.
Saudara Aspan Alias, antara persoalan yang dititikberatkan oleh semua masyarakat dunia adalah bagaimana untuk menjadikan bangsa mereka berada di posisi megah dikalangan bangsa-bangsa lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, langkah kerajaan Malaysia untuk tidak menggubal undang-undang yang dicadangkan oleh British sewaktu kita mencapai kemerdekaan dahulu, merupakan titik permulaan kegagalan pemimpin melayu dalam memartabatkan bangsa melayu dipersada antarabangsa.
Dasar pecah perintah yang diperkenalkan British sewaktu menjajah negara kita boleh dikatakan sebagai salah satu umpan seteru utama islam ini untuk melihat kejatuhan empayar islam. Ketakutan mereka terhadap bangsa melayu, jelas digambarkan dalam sejarah. Ini kerana, majoriti bangsa melayu di Tanah Melayu pada ketika itu beragama islam. British mensasarkan empayar Melaka yang terkenal sebagai pusat penyebaran islam di nusantara untuk dijadikan medium penyebaran ideologi sekular berbentuk semangat kebangsaan mereka. Perlu diingat, bahawasanya islam tidak pernah membezakan sesama bangsa itu melainkan dari segi kepercayaan mereka kepadaNya.
Perletakan golongan imigran cina di kawasan bandar, kaum india di ladang-ladang dan estet-estet dan menyogok pemimpin-pemimpin melayu dengan kuasa pemerintahan sememangnya satu langkah yang berkesan pihak British untuk menjatuhkan islam. Dakwaan saudara mengenai sikap pemimpin melayu sekarang yang hanya mementingkan kekayaan peribadi adalah kerana mereka tidak mengambil islam sebagai asas perjuangan mereka. Kenyataan saya ini akan disangkal dengan tanggapan bahawa saya taksub dengan agama. Soal taksub, tidak wujud disini, kerana saya berpegang kepada pegangan bahawa islam adalah jalan hidup lahiriah untuk setiap manusia.
Islam menggalakkan seluruh umatnya untuk berniaga. Sembilan daripada sepuluh sumber rezeki itu adalah daripada mengadakan transaksi yang halal. Keistimewaan demi keistimewaan yang dinikmati oleh bangsa melayu amat jelas dicatatkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, kejayaan bangsa cina di Malaysia adalah kerana mereka tidak diberi peluang oleh pemimpin-pemimpin melayu kita yang terdahulu untuk berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. Maka, mereka bangkit dan kita sebagai orang melayu harus sedar, bahawa kejayaan itu tidak boleh dicapai tanpa tertib untuk menguatkan jatidiri individu masyarakat terlebih dahulu. Syarikat-syarikat besar yang dimiliki oleh bangsa cina ini adalah warisan yang diamanahkan hasil titik peluh nenek moyang mereka.
Fahaman yang bersifat kebangsaan ini sudah sebati dan ianya terus-menerus diperjuangkan tanpa mendalami kesesuaian peredaran masa itu berlandaskan panduan al-Kitab. Pendekatan pengusaha – pengusaha cina dengan meletakkan bahasa mereka sebagai salah satu syarat untuk bekerja adalah untuk memulihkan taraf hidup bangsa mereka sendiri. Corak pemerintahan sebegini adalah bersamaan dengan corak pemerintahan orang melayu suatu ketika dahulu. Orang melayu itu diberikan segala macam kemudahan tanpa memikirkan keadilan untuk bangsa lain. Maka tercetuslah peristiwa 13 Mei yang pada pandangan saya seharusnya dijadikan batu pengukur kepada pemimpin melayu bahawa konsep perjuangan mereka itu salah. Bangsa cina merasa iri hati dan mereka bertekad untuk menindas bangsa melayu pada masa akan datang.
Saya tidak mengatakan orang cina itu salah. Ini kerana mereka ini hanya bangsa yang tidak didedahkan dengan keindahan pemerintahan islam oleh pemimpin melayu kita. Lihat sahaja apa yang berlaku baru-baru ini di mana salah seorang pemimpin melayu mengarahkan supaya pemimpin cina mengemukakan permohonan maaf kerana menggunakan ayat Quran dalam ucapannya. Bagaimana mungkin kita mahu mengislamkan mereka sekiranya mereka tidak dibenarkan menyelami panduan hidup orang islam? Kita seharusnya memimpin mereka untuk mendekati islam dan membimbing mereka untuk mengamalkan ciri – ciri pemerintahan islam. Pendekatan Barisan Nasional yang melaksanakan pembangunan islam secara berperingkat di Malaysia wajar disokong. Tetapi konsep perjuangan melayu itu harus diubahsuai. Ia hanya akan memuakkan lagi masyarakat cina tatkala melihatkan ketamakan bangsa melayu untuk membolot sumber ekonomi dari bawah bumi Malaysia.
Fikir-fikirkanlah. Bukan tidak berterima kasih kepada kerajaan. Tugas kami, generasi muda zaman ini untuk membangunkan negara lebih mudah andai pemerintahan islam itu sudah diterapkan dari dulu, dan Satu Malaysia itu sudah wujud sebagai lambang perpaduan antara islam dan bukan islam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan