Jumaat, Julai 03, 2009

Kisah Satu Malam

Semalam, dalam tempoh 4 jam, 14 batang rokok jenama Pall Mall Menthol telah diselesaikan. Segala-gala topik diulas dan dikupas satu persatu. Dari kisah kematian Mikail Jackson, hinggalah kisah adik salah seorang sahabat yang telah diceraikan oleh brader berlagak baik tu. Habis segala rencananya terbongkar. Masa dalam kereta lagi gua dah dengar mak gua bercerita pasal adik kawan gua tu. Entah bila mak dah pandai mengumpat, gua tak berapa peka pulak. Last-last baru gua teringat bahawasanya, sebelum tu gua yang tanya mak gua tentang abang kepada mangsa cerai tu. Mak gua takde gear reverse kot.

Ahli-ahli persatuan mat rempit hampir insaf atau singkatannya PERMATA HAMIS akhirnya bersurai 2 jam sebelum gua tamatkan perbualan dengan tokey warung tempat gua lepak tadi. Alasan nak pergi kerja esok pagi.

Gua tak berapa nak kenal brader ni, sebab dia baru bukak warung kat kampung gua. Berwarung kecil-kecil katanya. Entah bila nak majunya gua tak tau la pulak. Gua suspek duit collection habis ke perempuan agaknya. Ghairah sungguh bila bercerita pasal perempuan gua tengok. Cerita bab bisnes adalah sekerat dua. Pastu cerita bab perempuan balik. Dasyat gear reverse brader ni. Gua layan sikit-sikit sementara nak habiskan teh tarik yang gua tak order tapi gua kena bayar. E'eh getus hati gua. Itu je yang mampu gua carutkan dalam hati.

Aktiviti diteruskan di perkarangan rumah En Bulat, dia pesan suruh ke rumah dia bila dah habis bersidang nanti. Menyingkap serba sedikit kisah silam yang terlalu lama bagi En Bulat dan yang seangkatan dengan beliau. Yang pastinya masa tu gua tak kenal kawan-kawan gua sekarang ni. Gua cuma terer tengok tapi tak berapa nak terer main. Kawan-kawan gua ni pulak terer main, tapi bodoh tengok. Rilek je belasah junior-junior yang bakal mewakili sekolah menengah kami bila diorang dah besar sikit nanti. Gua disisihkan setiap petang tanpa diberi peluang untuk menyusun taktik untuk brader-brader kampung gua ni.

Lepak lebih kurang 10 minit, En Bulat mintak izin untuk melelapkan mata. Gua merelakan dengan hati kecewa seolah-olah kepulangan gua tak disambut sehebat perlawanan bola sepak yang dilangsungkan di kampung gua setiap kali musim piala dunia masa gua kecik-kecik dulu. Masa ni baru diorang tau kehebatan taktikal gua jika nak dibandingkan dengan umur gua masa tu. Diorang mintak gua ajar sikit-sikit skill kejurulatihan. Sori beb, gear reverse gua tak berfungsi masa tu.

Kesepian malam pertama gua di kampung sudah tak boleh dibendung lagi, gua bingkas bertolak ke rumah mamat a.k.a catcher gua masa giat bersukan mewakili tanahair suatu ketika dahulu. Husin yang pernah berkhidmat sebagai jurulatih sambilan pasukan kami, siap sedia melaporkan keadaan dan lokasi mereka berada melalui sms yang gua dapat beberapa minit setelah bersila depan rumah En Bulat. Sampai-sampai, gua tengok dia kacak bukan main. Sandal raya gua rasa tu. Katanya baru pulang dari panggung. Gua kata gua silap dengar perkataan panggung tu. Lu orang pikir la sendiri apa yang gua pura-pura dengar sebenarnya.

Bertukar pula pada topik-topik yang lebih serius. Contohnya seperti masa depan kareer sofbol masing-masing, masa depan untuk pagi esok, petang esok, dan malam esok. Kami begitu serius berbincang dan berdiskusi tentang perancangan untuk mengikuti skim latihan pasukan sofbol di UiTM. Husin akan pastikan karier beliau tidak akan menjadi seperti Wan Nor Azlin mahupun Mikail Jackson. Mati dan bunuh diri di usia muda.

Sampai rumah dalam lingkungan sedap-sedap berselimut kulit babi bagi mereka yang tidak bersubuh, baru gua teringat cita-cita gua nak sambung belajar, phew.....

Gua rasa gua nak delete je gear reverse dalam hidup gua sekarang ni. Tapi nanti gua buta sejarah pulak....

Tiada ulasan: