Sabtu, Julai 04, 2009

overflat

Gua baru celik mata. Ada ambulans lalu depan umah gua sebentar tadi. Apahal? Gua pun tak tau. On the way nk gi dapur, terserempak dgn hp gua kat atas tv. Gua tepuk dahi sambil meneruskan perjalanan gua carik sambal sotong ngan nasik putih yg kali terakhir gua makan tgh hari semalam. Nasib baik tak basi lagi. Lepas makan, isap rokok ditemani haruan abah gua. Dah besar dah haruan ni abah gua bela. Dulu kecik-kecik, tugas tugas rasmi gua setiap pagi ahad, gua kena tukar filter akuarium abah gua ni. Periksa tahap kebersihan air untuk memastikan tumbesaran dia terjamin. Adik gua yg lg kecik tanya kat gua, "apsal kena tukar lak ni ude?". Gua jawap, "takkan ikan ni nak minum air longkang dik..." lemah lembut. Gua hangin sebab gua kena bangun kul 8 gak lepas tido balik sesudah jemaah subuh dgn abah gua. Apehal ari Ahad bangun kul 8 beb? Gua takde cita-cita pun nak jadik wakil rakyat masa tu. Skang ni ada la juga sikit-sikit.
p/s : handphone gua ade 74 misscall dan 14 sms maki hamun dari mereka - mereka yang mengaku sahabat gua. Takkan lu org tak paham gua terlajak tido beb...? Kah kah kah

Tiada ulasan: