Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke kawasan tanah perkuburan. Sepanjang hari raya 3 tahun yang lalu, aku gagal mengiringi abah bersama-sama mengindahkan syawal untuk arwah atuk dan nenek. Dan pagi itu, amat tenang rasanya kerana dapat menghulurkan sedikit doa dan bacaan ayat suci Al-Quran untuk mereka yang sudah pergi meninggalkan kami.
Arwah atuk, seperti yang diceritakan oleh mak, merupakan antara orang kuat politik UMNO di kampung. Aku bangga dengan keajaiban Allah mempelbagaikan cerita hidup setiap manusia di muka bumi ini. Harap-harap, perjuangan arwah atuk suatu ketika dahulu, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Harap-harap betullah niatnya. Harap-harap luruslah jalannya. Aku tidak berapa mengenali dan menyelidiki selok belok pemikiran politik arwah. Ini kerana, kesemua pakcik dan makcik aku tidak mewarisi pergerakan politik seperti yang diharapkan olehnya.
Sedang kami beriringan jalan ke pintu pagar tanah perkuburan itu, abah disapa oleh seorang rakan lamanya. Bertanyakan khabar kesihatan diri dan di mana kami sekeluarga akan menyambut perayaan. Abah kata,
"sebelum aku datang duduk "sini" satu hari nanti, rumah tu la tempat aku mati nanti."
Dan ayat itu masih terngiang-ngiang sehingga entri ini dikarang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan