Selasa, September 15, 2009

trekking

Ramai yang mudah kecewa dengan sikap orang lain. Tapi, atas dasar pemerhatian yang gua buat, sikap orang lain yang mengecewakan itu kebanyakannya tidak menitiberatkan soal kebenaran. Jika semua orang mempunyai hak untuk berkata dan bercakap, maka kebenaran juga mempunyai hak untuk berada dalam kelasnya yang tersendiri. Kelas yang membezakan antara pendapat seseorang itu untuk diperdebatkan.

Gua sembang benda ni sebab gua tak boleh nak duduk diam lepas tgk apa yang berlaku dipersekitaran gua sekitar 4 hingga 5 hari ini. Pelbagai dugaan dan halangan bagaikan disusun untuk menguji kesabaran dan ketahanan jiwa gua. Sabarlah akal, jangan diikut amarah yang mendesak. Pokok pangkalnya, kembalilah kepada Tuhanmu. Dan gua harap, pengembalian yang entah kali ke berapa ini akan terus dilayani. Kerana ianya amat sukar. Ya, ianya amat sukar.

Sesungguhnya kebenaran semata-mata kebenaran itu hanya milik yang Maha Bijaksana.

Tiada ulasan: