Kadang-kadang gua termenung di sini. Tingkap bilik gua yang membelakangi belakang rumah jiran gua sebelah belakang. Disebabkan mereka ini metropolitan kononnya, tak pernah gua kenal pun siapa mereka.
Memikirkan tentang kebaikan mereka, kecanggihan mereka, kebijaksanaan mereka, keutuhan semangat mereka, keindahan bumi mereka. Oh, tersilap. Bukan mereka, tetapi Amerika. Gua tersilap kacamata. Minta maaf Malaysia.
Setelah kononnya dibesarkan sedemikian rupa, dengan ilmu yang katanya wajib dilaksanakan untuk kemaslahatan dunia, Amerika sememangnya tidak pernah merasa cukup. Tidak pernah merasa puas dengan nafas yang dihirup, dengan gandum yang dijamah.
Benar-benar ingin mencipta syurga di dunia ini barangkali.
Barangkali atau Barang Gali?
Gua cuba ubah suai sedikit.
Benar-benar ingin mencipta syurga di dunia ini, Barang Gali.
Nampak lebih "ngam" rasanya.
Tak tahu la pula kalau-kalau En. Obama sudah mula mengajar rakyatnya makan petai sekarang ini. Lalu imperialisme bermula kembali. Kali ini bukan bahan bakar yang dicari, tetapi Pak Usin hujung kampung yang punya ladang petai sekangkang kera itu digesa membaca buku-buku globalisasi.
Takkan la sampai macam itu sekali. Takkan la En. Obama tak makan babi.
Ada ketika-ketikanya pula,
apabila naluri untuk mempercayai 100% teori konspirasi hadir, ia benar-benar membuakkan semangat gua, ia bersimpul-simpul sama ada mahu keluar atau tidak dari empayar mereka. Dan merujuk kepada gambar dibawah ini, gua memikirkan yang mana satu berkemungkinan untuk tahan lebih lama.

Pembaca sekalian, boleh anda bantu saya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan