Ini kisah Pak Mat dan keluarganya. Dia ada 3 orang anak. Pak Mat memang terkenal dengan di kalangan penduduk kampung dengan keramahan pekertinya. Arwah isterinya meninggalkan 3 orang kembar lelaki, penyambung zuriat keturunan Melayu.
Mereka tinggal di Malaysia.
Kembar yang pertama, Pak Mat beri nama Ali. Sewaktu kecil, gemar bermain pasir di belakang rumah dan kadangkala ikut memancing ke sungai bersama-sama bapa saudaranya, Pak Din. Bila sudah besar sedikit, Ali dihadiahi Pak Mat sebuah televisyen, radio, dan set komputer peribadi berserta sambungan internet untuk memudahkan tumbesaran fikrah pemikirannya.
Ali gemar menonton penceritaan hiburan. Kadang-kadang, sewaktu tidur, tubuh Ali bergerak- gerak seakan berada di atas pentas Sehati Berdansa.
Kembar yang kedua, Pak Mat beri nama Abu. Sewaktu kecil, gemar bermain pasir di belakang rumah dan kadangkala ikut memancing ke sungai bersama-sama bapa saudaranya, Pak Din. Bila sudah besar sedikit, Abu dihadiahi Pak Mat sebuah televisyen, radio, dan set komputer peribadi berserta sambungan internet untuk memudahkan tumbesaran fikrah pemikirannya.
Abu gemar menonton perihal perdagangan. Kadang-kadang, sambil tidur, Abu menyilangkan kaki seakan seorang tauke besar di dalam bilik mesyuarat.
Kembar yang ketiga, Pak Mat beri nama Asan. Sewaktu kecil, gemar bermain pasir di belakang rumah dan kadangkala ikut memancing ke sungai bersama-sama bapa saudaranya, Pak Din. Bila sudah besar sedikit, Asan dihadiahi Pak Mat sebuah televisyen, radio, dan set komputer peribadi berserta sambungan internet untuk memudahkan tumbesaran fikrah pemikirannya.
Asan pula tak gemar menonton. Dia lebih gemarkan buku. Di samping itu, Asan lebih rajin turun ke tanah pusaka Pak Mat untuk membersihkannya bersama Pak Din.
Ramai orang fikir Media Kita Wajah Kita. "Bodoh!" kata Asan.
2 tahun berselang.
Pak Mat jatuh sakit dan jasadnya disemadikan penduduk kampung beramai-ramai. Tanah 30 ekar dibahagi sama rata antara 3 orang anaknya. Sepuluh ekar setiap masing. Semua berjanji akan menjaga tanah pusaka keluarga mereka itu sehabis daya. Pak Mat pulang ke pangkuan penciptaNya dengan perasaan lega.
"Semoga ruhnya dicucuri rahmat", catat penanda rumah baru Pak Mat.
Beberapa tahun berlalu....
Ali menyambung pengajiannya di UiTM dalam jurusan tari-menari.
Abu pula menyambung pengajiannya di Harvard dalam jurusan jual dan beli.
Asan pula berhempas pulas di tanah pusaka arwah ayahnya dek kerana SPM yang tidak mahu diambil.
SPM adalah Sijil Pelajaran Malaysia.
Diulangi, Sijil Pelajaran Malaysia.
Ramai orang fikir, Kuala Lumpur adalah Malaysia. "Bodoh!" kata Asan.
Masa terus berganti....
Keringat berjurai-jurai dari dahi sehingga ke dada Asan. Terus-terusan dia mencangkul tanah sementara matahari semakin lama semakin terik sinarannya. Setelah digemburkan segalanya, longlai langkah Asan kembali ke teratak nan sunyi. Gerimis dan pelangi jelas kelihatan di balik bukit, nun di hujung pemandangan ladang tebu milik Asan.
Usai sahaja solat Maghrib, termenung dia dipinggir anjung rumahnya. Sungguh dalam dia merindukan Ali dan Abu. Jelas terbayang di minda Asan, peristiwa 2 bulan yang lalu, pertengkaran mereka yang disudahi dengan rajuk kembarnya, Ali.
Asan cuma mahu mereka mengenang janji masing-masing dengan arwah Pak Mat. Amukan Ali telah secara tiba-tiba mengeluarkan suara asalnya yang kebelakangan ini tenggelam dek kerana halkum jantannya yang cuba disembunyikan di balik betisnya yang suatu ketika dahulu berbulu. Marah sungguh Ali bila Asan enggan membenarkan tanah bahagiannya itu dijual pada kerajaan untuk dijadikan tapak premis perniagaan warga kampungnya.
"Aku mahu tolong orang kampung kita. Senang mereka berniaga nanti. Tempat pun selesa, bersih, baru ramai pelanggan datang" kata Ali. Halkumnya masih lagi tersembunyi ketika ini.
"Bagi aku usahakan niat kau tu. Ataupun kita ramai-ramai dengan orang kampung buat bangunan untuk orang berniaga. Kan lebih senang?" balas Asan.
"Apa aku dapat kalau itu yang aku pilih? Untung tak ada, sia-sia sahajalah pusaka arwah tu nanti! Abu sudah setuju, sekarang tinggal engkau saja yang belum" sedikit benjolan semakin jelas kelihatan di leher Ali akibat meneran suaranya menahan kemarahan.
Perlahan Asan menyentuh bahu kembarnya, "Engkau sudah kaya. Baju kau bukan main berkilat aku tengok. Bukan engkau tak boleh sedekahkan bangunan tu nanti pada orang kampung kita. Lain jadinya nanti kalau engkau jual pada kerajaan."
"Bodoh!" Jerit Asan tiba-tiba.
Bergegas dia ke dapur mencari air untuk mengembalikan halkumnya seperti sediakala. Ali tetap mahukan kasut jutaan ringgit milik idolanya, arwah Michael Jackson.
Abu bilang, dia bersiap sedia menghantar wakil syarikatnya dari Amerika untuk menguruskan urusan jual beli tanah pusaka Pak Mat itu.
Walaupun nampak macam Ringgit Malaysia, tapi sebenarnya Dolar Amerika. Teruja benar Ali dengan keindahan Hollywood.
Azan isyak mengejutkan lamunan Asan. Kembali dia berdoa di hadapan kekasihnya Yang Satu. Semoga dirinya ke syurga. Itu harapan utamanya. Telekunya mengharap kasih. Ratapannya membuahkan benih. Benih kekuatan untuk terus melawan pesona pancainderanya di muka bumi ini.
Bangkit sesudah itu, Asan masuk ke biliknya, menghidupkan suis komputer warisan arwah ayahnya, lantas, menghubungkan dirinya ke seantero dunia. Terus dia mencari-cari nama itu.
Ya. Nama itu. Rotschild. Asan ingat benar musuh agamanya ini. Musuh yang rakus membaham hasil bumi.
"Kerajaan dunia kononnya," getus hati Asan.
Lebih mengejutkan Asan, koleksi gambar-gambar terbaru pemilik empayar perniaagaan besar itu memperlihatkan wajah Abu, kembarnya yang tidak pulang-pulang sesudah 15 tahun ke luar negara. Termenung seketika Asan melihat apa yang dipaparkan pada skrin komputernya. Sukar untuk dipercayai.
Tidak berhenti dia memikirkan perkaitan perkara-perkara menghantui bangsanya.
Tentang ilmu, sistem pendidikan, dan iman.
Tentang nafsu, kekayaan, dan kebendaan.
Tentang jerangkap samar, pembangunan, dan penipuan.
Tentang kehidupan, kematian, dan keabadian.
Akhirnya, Asan terlelap sambil memeluk buku karya Freitz Springhmeir itu. Sungguh bertuah rasa dirinya kerana membaca buku itu selepas dihadiahi arwah ayahnya sebuah televisyen, radio, dan set komputer peribadi berserta sambungan internet untuk memudahkan tumbesaran fikrah pemikirannya.
Baru dia tahu bagaimana hatinya memproses segala neuron dan sinaps dalam darah di seluruh otaknya.

* * *

Tiada ulasan:
Catat Ulasan