Revolusi kebanyakan dipelopori sekumpulan manusia yang berpendapatan rendah. Ramai orang berkata mereka juga mengejar duit. Jadi, politik itu sama pada asasnya. Mengejar wang ringgit.
Di Malaysia, penyokong Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, khususnya yang beragama Islam, harus sedar. Apabila anda melihat atau membaca pergerakan barisan pemimpin anda tatkala mereka berbicara tentang ekonomi, dengan menyebut jumlah yang berbilion-bilion, projek itu dan projek ini, positiflah jika anda mahukan perubahan dalam diri anda.
Bukannya dari miskin, untuk menjadi kaya-raya. Yang kaya-raya itu pula bukanlah perlu dihenyak hingga semiskin-miskinnya.
Pasti anda sudah lihat kisah-kisah si kaya lupa diri dalam slot-slot Samarinda di kaca TV. Tapi, jangan tengok selalu. Makin lama nanti makin bernafsu.
Ada juga kisah-kisah orang miskin yang hidupnya terumbang-ambing. Yang ini pun jangan tengok selalu. Makin lama nanti makin lesu.
Yang sebaik-baiknya? Buku.
Tujuannya untuk merapatkan jurang antara sesama kamu, dan antara kamu sesama jutawan-jutawan itu. Hasilnya, kesederhanaan. Jadi, keadilan itu adalah kesamarataan.
Ada yang berhujah, jika sepuluh ringgit pada bini tua di kampung, dengan sepuluh ringgit kepada bini muda di bandar, adakah itu adil? Lalu mereka putuskan adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tidak pernah pula mereka fikir, adakah tindakan "mengkampungkan" dan "membandarkan" bumi Tuhan nan luas ini merupakan tindakan yang meletakkan sesuatu pada tempatNya?
Memang benar lumrah dunia dijadikan berpasang-pasangan. Kaya dan miskin, sihat dan sakit, hitam dan putih, susah dan senang. Itulah ruang untuk mendapatkan pahala. Jika anda memenuhi tuntutan ini, terciptalah kesamarataan itu, Insyaallah.
Kalau akal yang diturut, maka syurgalah. Kalau nafsu semata-mata, maka nerakalah. Kalau tidak berakal, maka bodohlah. Kalau beriman?
HujahNya terang lagi jelas melalui utusan kita. Ada yang selama-selamanya ingin berfikir dosa dan pahala itu ketentuan Tuhan. Percayalah pada Al-Quran. Bukankah itu kata-kataNya? Percayalah pada hadis-hadis. Bukankah ucapan itu dari kekasihNya? Rukun iman jumlahnya 6 sahabat sekalian. Bukan satu.
Qada' dan qadar pada pendapat saya bukan penentu dosa dan pahala tindakan anda. Ketentuan itu hadir duniawi dan ukhrawi. Sama ada manusia itu sedar atau tidak sedar, kebaikan itu keluar masuk dalam diri mereka. Begitu juga dengan kejahatan. Bagaimana mahu mengenalpasti? Tundukkan nafsu seteruk-teruknya. Tingkatkan amal sebanyak-banyaknya. Peganglah Tauhid sekukuh-kukuhnya.
Agak sukar bukan? Jadi, jangan dicelalah siapa-siapa yang mampu melakukannya.
Jangan fikir sistem sosial adalah sesuatu yang tidak pasti. Mengatakan kebaikan dan keburukan seseorang itu ada maksud tersirat atau tersurat, saya kategorikan sebagai pemikiran yang jumud, dan masih memikirkan dunia semata-mata. Contohnya mudah. Jika anda berbuat baik kepada seseorang, anda akan dibalas dengan kebaikan. Jika belum ada lagi balasan kebaikan itu, tunggu dahulu beberapa waktu. Jika masih belum ada lagi pembalasan kebaikan yang anda harapkan, tunggu "Hari Pembalasan" nanti. Jadi, apa yang tidak pasti?
Yang tidak pasti itu bukanlah akibat dariNya, tetapi pilihan hambaNya. Untuk lebih lanjut, pelajari akhlak Rasulullah S.A.W sebaik-baiknya. Persoalan hukum-hakam pula, kita serah pada ulama'. Tak usah berhujah sangat tentang undang-undang jika anda bukan ahlinya. Anda rakyat, maka berfikirlah sebagai seorang rakyat. Jika mahu memimpin, kuasailah Syariah sebaik-baiknya. Pintu perbincangan sentiasa terbuka.
Jika terus-terusan diperdebatkan pendapat-pendapat ahli Syariah, maka wala' dan thiqah perlu digunakan disertai dengan tawakkal. Kita berada dalam zaman di mana informasi mengalir selaju-lajunya wahai rakyat. Perlu bijak menangkis senjata utama musuh kita ini agar kita tidak berpecah belah menjadi individu-individu. Pilihlah pemimpin yang semakin hari menjadikan kita semakin berilmu.
Tentang definisi ilmu, sila rujuk sini.
Lagi satu perlu diperingatkan. Usul yang dianggap idealis, janganlah mengharap hasilnya juga idealis walaupun itu yang diimpikan para pencadangnya. Saya ulang lagi sekali, kebaikan dan kejahatan itu keluar dan masuk dalam diri anda. Jadi, bersabarlah dalam menanti janji Tuhanmu, dan berusahalah menghambakan diri padaNya dengan bersungguh-sungguh.
Pak Hamka berpesan. "Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya penuh dengan Iman dan berbaik sangka kepada Tuhan"
"Aku hanyalah seorang manusia yang mungkin benar dan mungkin salah, telitilah pandanganku, jika ia sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka ambillah ia, tetapi jika ia bertentangan, maka tinggalkanlah ia" (Imam Malik)

"Bukanlah kebajikan bahawa kamu memalingkan mukamu ke arah timur dan barat. Tetapi orang yang baik, adalah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, kepada para malaikat, Al Kitab, dan para Nabi, dan memberikan harta benda, betapapun disayangi, kepada kerabat, anak yatim, dan orang miskin, kepada orang yang terlantar dalam perjalanan, dan orang peminta-minta." (Al-Baqarah : 177)
Kalau akal yang diturut, maka syurgalah. Kalau nafsu semata-mata, maka nerakalah. Kalau tidak berakal, maka bodohlah. Kalau beriman?
"Apa pun kebaikan yang terjadi padamu, asalnya dari Allah. Dan apa pun yang buruk menimpa dirimu, asalnya dari dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi" (An-Nisa' : 79)
HujahNya terang lagi jelas melalui utusan kita. Ada yang selama-selamanya ingin berfikir dosa dan pahala itu ketentuan Tuhan. Percayalah pada Al-Quran. Bukankah itu kata-kataNya? Percayalah pada hadis-hadis. Bukankah ucapan itu dari kekasihNya? Rukun iman jumlahnya 6 sahabat sekalian. Bukan satu.
Qada' dan qadar pada pendapat saya bukan penentu dosa dan pahala tindakan anda. Ketentuan itu hadir duniawi dan ukhrawi. Sama ada manusia itu sedar atau tidak sedar, kebaikan itu keluar masuk dalam diri mereka. Begitu juga dengan kejahatan. Bagaimana mahu mengenalpasti? Tundukkan nafsu seteruk-teruknya. Tingkatkan amal sebanyak-banyaknya. Peganglah Tauhid sekukuh-kukuhnya.
Agak sukar bukan? Jadi, jangan dicelalah siapa-siapa yang mampu melakukannya.
Jangan fikir sistem sosial adalah sesuatu yang tidak pasti. Mengatakan kebaikan dan keburukan seseorang itu ada maksud tersirat atau tersurat, saya kategorikan sebagai pemikiran yang jumud, dan masih memikirkan dunia semata-mata. Contohnya mudah. Jika anda berbuat baik kepada seseorang, anda akan dibalas dengan kebaikan. Jika belum ada lagi balasan kebaikan itu, tunggu dahulu beberapa waktu. Jika masih belum ada lagi pembalasan kebaikan yang anda harapkan, tunggu "Hari Pembalasan" nanti. Jadi, apa yang tidak pasti?
Yang tidak pasti itu bukanlah akibat dariNya, tetapi pilihan hambaNya. Untuk lebih lanjut, pelajari akhlak Rasulullah S.A.W sebaik-baiknya. Persoalan hukum-hakam pula, kita serah pada ulama'. Tak usah berhujah sangat tentang undang-undang jika anda bukan ahlinya. Anda rakyat, maka berfikirlah sebagai seorang rakyat. Jika mahu memimpin, kuasailah Syariah sebaik-baiknya. Pintu perbincangan sentiasa terbuka.
Jika terus-terusan diperdebatkan pendapat-pendapat ahli Syariah, maka wala' dan thiqah perlu digunakan disertai dengan tawakkal. Kita berada dalam zaman di mana informasi mengalir selaju-lajunya wahai rakyat. Perlu bijak menangkis senjata utama musuh kita ini agar kita tidak berpecah belah menjadi individu-individu. Pilihlah pemimpin yang semakin hari menjadikan kita semakin berilmu.
"Katakanlah (wahai Muhammad) : Hai kaumku, bekerjalah sesuai dengan keadaanmu, sesungguhnya aku akan bekerja pula, maka kelak kamu akan mengetahui kebenaran" (Az-Zumar : 39)
Tentang definisi ilmu, sila rujuk sini.
Lagi satu perlu diperingatkan. Usul yang dianggap idealis, janganlah mengharap hasilnya juga idealis walaupun itu yang diimpikan para pencadangnya. Saya ulang lagi sekali, kebaikan dan kejahatan itu keluar dan masuk dalam diri anda. Jadi, bersabarlah dalam menanti janji Tuhanmu, dan berusahalah menghambakan diri padaNya dengan bersungguh-sungguh.
Pak Hamka berpesan. "Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya penuh dengan Iman dan berbaik sangka kepada Tuhan"
"Aku hanyalah seorang manusia yang mungkin benar dan mungkin salah, telitilah pandanganku, jika ia sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka ambillah ia, tetapi jika ia bertentangan, maka tinggalkanlah ia" (Imam Malik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan