Oleh : Anual Bakhri Haron
Membaca kepala-kepala berita yang membuat liputan di sekitar Sidang Kemuncak Media Asia 2004 baru-baru ini samalah seperti keadaan seorang miskin yang di tinggalkan lapar di kaki lima sebuah restoran.
Baru kali inilah agaknya, akhbar-akhbar kita membuat liputan yang jujur kerana ia dituturkan oleh tokoh-tokoh media antarabangsa. Jika dibuat petikan, ia berbunyi begini:
Sebaliknya, akhbar kita lebih gemar berkomunikasi sehala untuk membebel dan menghunjam pengaruh pemerintah seenaknya ke atas orang bawah. Rakyat yang diperintah cuma penerima. Itulah pun yang mahu dilakukan. Kotak fikiran setiap rakyat bagai tanah liat yang sentiasa di gentel, di bentuk dan di lembagakan untuk menjadi anak patung mainan.
Apa yang di mahukan hanyalah “semakhluk robot” yang hanya tahu patuh kepada perintah “master”pada akhirnya.” Yes Sir. Your obedient servant, Sir !”
Ini bukan komunikasi. Ini indoktrinasi. Ia tidak akan membawa faedah kepada keadaan perhubungan yang saling memahami. Sebaliknya, ia boleh membekukan fikiran. Komunikasi jenis ini tidak boleh mengasah ketajaman minda kerana dirampas batu pengasahnya.
Sikap menutup kesempatan mendengar pandangan pihak lain dengan hujah tidak akan melahirkan politik yang mengamalkan rasa hormat. Dialog dalam erti kata yang lebih luas bermaksud kesediaan mendengar, pembesaran ruang menulis dan bercakap, menghormati dan menghadapi perbezaan, bertukar-tukar premis alasan dalam membina hujah dan pandangan untuk saling memahami sebelum mencari titik kompromi kepada penyelesaian.
Inilah sahaja jalan penyelamat yang boleh menganjak komunikasi selorong demokrasi media kita kini yang stereotaip ke muka baru simpang pelbagai hala yang lebih mewah dan terbuka. Komunikasi sehala wajib dihentikan sekarang. Komunikasi bipolar dan multi polar dalam etika dialog intra dan antara tamadun adalah asas kepada formula pemulihan sosial di Malaysia.
Untuk itu, apakah syarat-syarat pemulihan? Untuk menjawab soalan itu, kita perlu terlebih dahulu menjawab soalan-soalan ini? Mari kita gunakan senarai semak seperti yang dirumuskan oleh Sidang Kemuncak Media Asia untuk memberi panadol kepada industri media.
“Media Perlu Jujur”
Jujurkah akhbar dan televisyen kita? “Media perlu bebas”. Bebas atau terkongkongkah pemberita kita? Jika perlu bebas, bebas dari apa? Media wajar beri gambaran sebenar kejadian. Begitukah amalan kita?
“Media Barat sentiasa prejudis terhadap Islam”. Tidak prejudiskah media yang kononnya “tidak barat” di Malaysia?
“Media perlu kurangkan salah faham”. Media Malaysia, mengurang atau menambahkan salah faham?
“Media harus membantu redakan ketegangan”. Adakah media Malaysia sangat berminat menaikkan kemarahan pembaca kepada pejuang-pejuang Islam yang bergerak secara siasah.? Saya sengaja tidak mahu berpanjang lebar untuk membuktikan “amal-amal munafik rumah-rumah media” kita di Malaysia. Ini pun satu proses juga demi tidak mahu terlalu mengatur jalan berfikir kita agar terus bebas mencari makna terkini kepada nilai kebebasan dan memberikan “rating status” pendemokrasian demokrasi di Malaysia.
Seronok sungguh apabila, Hotel Nikko dibanjiri oleh hampir 200 pengamal media dari serata dunia. Sekurang-kurangnya, kita sempat jugalah mendengar orang bercakap dari hal “ethics & variables”. memberi kesempatan untuk kita “mengukur bahu” ketika berdiri sebaris dengan gergasi-gergasi media sedunia.
Masih bertaraf majukah kita atau kekal berstatus di dunia ketiga? Maksud saya; mentalitinya !
Dalam semangat mengantarabangsakan Malaysia, mari kita semak kata-kata George Mason seperti yang disebut beliau dalam Virginia Bill of Rights sejak tahun 1776 lagi. Ia berbunyi;
"The freedom of the press is one of the great bulwarks of liberty, and can never be restrained but by despotic government.”
(Kebebasan akhbar adalah salah satu benteng terkuat menyelamatkan kebebasan. Ia tidak boleh dihalang kecuali oleh kerajaan yang zalim!).
Apa tidak zalimnya apabila parti politik sendiri membeli dan memilik partikan suratkhabar. Ia sudah tidak lagi menjadi suara dan hati nurani rakyat. Berita dari pembangkang disekat sesempit-sempitnya. Akhbar-akhbar alternatif yang boleh menghidangkan pandangan bipolar seperti yang kita maksudkan langsung tidak diraikan.
Aduuuh, sukarnya !

- Media perlu jujur, bebas, telus semasa membuat berita.
- Media Barat sentiasa prejudis terhadap Islam.
- Media mampu kurangkan salah faham dan prejudis.
- Media harus bantu redakan ketegangan.
- Media wajar beri gambaran sebenar kejadian.
- Donavan akui agensi media sukar punyai pendirian yang objektif. ( Semak Utusan Malaysia mukasurat 13, 20 April 2004).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan