Jumaat, Februari 26, 2010

Maulidul Rasul

Begini, setelah diperhatikan tidak kurang lebih oleh gua sepanjang hayat bergelar orang muda, orang-orang tua, sangat sukar menghukum anak-anak mereka sebagai seorang manusia. Perlu segala-galanya di hujung telunjuk, walaupun setelah dihujah dengan Sesuatu yang lebih tinggi nilainya.

Takkan pula si muda mahu melawan dengan jari yang tengah?


Begitulah kesombongan mereka. Kita, yang muda dihukum tidak memahami situasi dan keadaan. Bukankah situasi kamu, Datuk-datuk , Datin-datin, Tan Sri, Puan Sri yang buta hati sekalian dikongkong dan dijajah pemikiran dengan seteruk-teruknya? Disumbat dan dihenyak dengan pengetahuan yang lari usul kepentingan agama? Dibuai dan didodoi dengan segala macam syurga rekaan yang boleh berada di depan mata?

Kami tidak begitu. Kami generasi baru. Kami berusaha memperbetulkan satu persatu. Sama dengan kamu, memperbetulkan sesuatu satu ketika dahulu. Kami cuma mahu mengubahsuai dunia ini dengan citarasa kami.
Justify Full
Tapi kami sedar. Syurga itu bukan di sini. Bukan di kondominium-kondominium. Kalau mahu ke sana, bukan dipandu dengan kereta-kereta mewah. Poket semakin lama semakin tidak berfungsi. Kami bertindak atas dasar perintah dari Pencipta kami, yang juga Pencipta kamu, yang juga Pencipta semesta ini.

Cuma, buat masa ini, petroleum masih ada lagi. Jadi, kami tidak perlu menjadi fundamentalis. Jangan pula kamu menghukum agama sampai menyuruh kami berjalan kaki untuk berjuang di medan ini. Rezeki Allah itu, tidak terperi banyaknya. Perlu satu persatunya diperguna sesederhana fitrah manusia.

Kami tidak punya sayap seperti malaikat. Tapi masih ada jalan untuk kami mendengar bisikan mereka.

Kami juga tidak bergerak bersama angin. Tapi masih ada jalan untuk terapung dari godaan mereka.

Kami sedar. Kami harus masih berpijak di sini. Wajib mengikuti peraturan matrix dunia ini. Bantulah kami. Bukan harta. Tapi kami mahu ilmu.

Ilmu.

Ilmu.

Supaya pusaka kamu wahai orang-orang tua, tidak akan menyesatkan kami. Kami cuma mahu seluruh isi dunia menuruti Junjungan Besar kita. Muhammad S.A.W.

Ya, fitnah itu semakin hampir ke kemuncaknya.

Illahi, kami yakin Engkau mendengar rintihan hamba-hambaMu ini. Berikanlah kami kekuatan, kedamaian, ketenangan, kebijaksanaan, kesungguhan untuk lebih mengenaliMu.

Amin...

Tiada ulasan: