Seronok bukan main bila gua dapat buat Home Run sekaligus menyelamatkan pasukan gua dari kalah kepada anak-anak polis. Berbekalkan kayu hoki yang sudah abang gua ratakan permukaan yang melengkung itu, hayunan gua amat di nanti-nantikan oleh mereka yang nun berada di hujung padang permainan. Padangnya agak unik juga. Ada dua. Jika dicantumkan, luasnya lebih kurang sama dengan separuh padang yang dikelilingi balapan 800 meter. Dipisahkan oleh permukaan tar yang bila-bila masa boleh mencederakan pemain tengah jika kami mengambil keputusan untuk bermain bola. Ah, itu semua tidak penting untuk diceritakan dalam slot ini.
Hujan sudah mula rintik-rintik. Kegembiraan kami sudah tidak boleh disekat lagi. Kilasan dan hayunan ala Jorge Posada diselang selikan dengan terjahan demi terjahan untuk mencari base. Gua masih lagi menduduki takhta kedua dalam senarai pemukul paling digeruni di kampung gua. Yang pertama, kawan gua. Hazwan namanya. Sekarang dia tak pegang bet, tapi pegang pistol. Special Branch katanya. Selalu gua ingatkan dia jangan makan rasuah.
Berbalik kepada cerita tadi. Dihari yang sama, tetapi berlatarkan tona warna yang lebih gelap.
Hujan semakin lebat. Gua dan abang gua masih lagi di luar rumah. Berdiri. Jika dilihat dari atas, hujung telapak kaki kami akan terlindung dibalik peha dan juga kepala lutut. Lengan diluruskan seperti ahli terjun tiruk cuba mengumpulkan pernafasan. Gua mengira-ngira waktu seorang diri. Tapi gua tak ada ilmu mengenal rasi. Dari dalam rumah, sayup-sayup gelak tawa terdengar hasil lawak bodoh Mr. Bean yang dipaparkan di televisyen. Hedonisme. Sebelum itu, berdentum-dentum Buletin Utama melaporkan kebijaksanaan TV3 mendidik masyarakat dan mendapat pengiktirafan.
Hari sudah gelap sepenuhnya. Jiran lalu lalang serba tak kena melihatkan kami dua beradik. Mata gua tajam memerhatikan kayu hoki yang gua curi dari stor sukan sekolah basah lencun. Abang gua tersengih-sengih dan serba sedikit berjaya menghiburkan hati. Entah apa yang kelakar, gua kurang pasti. Nak kata sebab Mr.Bean, abang gua bukan ada Superman vision.
Di celah tingkap, abah memerhatikan kami.
Kaki gua semakin lenguh. Tergelincir sedikit dari darjah yang sepatutnya, cepat-cepat gua "cover" balik. Selang beberapa waktu, abah buka pintu dan suruh kami masuk. Terus gua mengerling ke arah jam dinding. Sudah pukul 9.30 malam. Kemudian, abah menawarkan diri untuk memandikan kami.
Pesannya semasa dalam bilik air, "lain kali kalau dengar azan maghrib tu, terus balik ye nak"
Falsafahnya mudah bukan?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan