Jumaat, November 06, 2009

Hari Peperiksaan

Detik melangkah keluar dari rumah gua seawal pagi tadi, hati cuba untuk tidak mengenepikan niat yang azali. Walhal, gua melihat banyak kereta dan motosikal berlumba-lumba mencari sesuap nasi. Entah apa niatnya, gua cuba memikirkan segala yang positif. Malangnya, berbisik andaian yang bertujuan membusukkan hati. Mudah-mudahan diberkati seluruh isi perjalanan hidup mereka dalam ciptaan yang penuh mistik dan misteri.

Tatkala sayup meninggalkan dewan peperiksaan, hati bertanyakan arah hidup dan tujuan . Entah kemana perginya, gua cuba mengenepikan segala ragu dan hairan. Maka sesungguhnya, gua hamba dalam kebodohan. Tidak bijak mensasar kehidupan, kerana segala-galanya ketentuan Tuhan. Mana akal, apa peranan? Muhammad S.A.W berpesan, ianya dapat ditemui dengan hati yang penuh kesucian. Sedang gua? Seakan terkial-kial mencari kebijaksanaan tindakan. Kelihatan agak bodoh dari sesetengah pandangan, kelihatan amat yakin jika diserahkan sepenuhnya kepada Tuhan.

Saat kembali kepondok batu, hati bertanyakan asal-usulnya yang pasti dari akar nan jitu. Entah bagaimana berkembangnya akar dan dahan-dahan kayu, gua cuba melihat sejarah dari para sarjana dan sumber-sumber ilmu. Nyata, ia memisahkan daun satu-persatu. Akar menyalurkan keperluan tertentu. Sedang daun menyebarkan hasil ke seluruh isi pokok sehingga ke pucuk ranting kayu.

Makanya, semudah-mudah dakwah itu adalah akhlak.

Inalillahi wainna ilaihi roji'un..

p/s : kelihatan sangat idealis...


Tiada ulasan: