Rabu, November 25, 2009

Rambut Raya

Kaki yang dihayun perlahan-perlahan tidak sekali pun menggentarkan gerak hatinya untuk berbakti kepada masyarakat kampung gua. Inilah apek yang akan gua kisahkan dalam entri kali ini.

Baru sebentar tadi, gua pergi gunting rambut. Dalam kekusutan helaian demi helaian rambut gua, perlu rasanya membersihkan diri untuk menyambut Aidiladha yang akan datang. Aidil nama abang sulong gua, Addha pula nama abang gua yang nombor dua. Berseri-seri gua rasa muka diorang di pagi raya yang amat besar pengertiannya ini. Eh. Kesitu pula.

Berbalik pada kisah apek gunting rambut. Sesampai sahaja di pintu kedainya, apek sudah mengerling melihat-lihat rezeki terbaru yang akan meneruskan perjuangannya di kedai yg serba daif pada pandangan sesetengah yang begitu kagum dengan sosiologi barat. Gua masuk, dan bertanya,

"Uncle, ramai lagi?"

"luluk lulu, nanti ale lagi lua olang, lepat tu balu lu"

Gua tergelak kecil. Sungguh dia bangga dengan bahasanya. Sungguh Satu Malaysia.

Mungkinkah tercapai? Dengan segala kelibat bayangan pengurusan Barat. Dengan kerangka pemikiran dan penilaian yang juga dikuasai oleh Barat. Sesungguhnya aku lemah dan tidak berdaya menentang kuasa Tuhan. Insyaallah, akan ku cuba untuk betulkan satu persatu.

Tiada ulasan: