Isnin, November 23, 2009

Kisah Manusia

Cita-cita mereka amat tinggi. Kisah bagaimana mereka cuba mengawal minda sejagat amat membuakkan emosi. Itulah mereka (Illuminati) yang terkenal dengan tindakan-tindakan jahat yang gua rasa amat tidak berperikemanusiaan. Penat sebenarnya kalau hendak berhujah dan berfakta mengenai niat jahat mereka. Tunggu gua habis menuntut dan faham dulu sumber-sumber yang gua perolehi, dan nanti, insyaallah akan gua persembahkan di sini.
Justify Full
Gua kecewa dengan orang yang terlalu selesa. Merasakan tuntutan hidup mereka sudah cukup sempurna dengan berkahwin dua tiga, dan beranak selagi hendak. Tapi bila di fikir-fikirkan kembali, qadar Tuhan menjadikan diri mereka tidak sesensitif orang lain yang berjuang di medan perang nun di Timur Tengah sana, bertungkus lumus memperbetulkan ideologi dengan musuh-musuh dari barat, tidak menjejaskan amalan mereka, apa lagi yang harus dipersoalkan? Soal keyakinan akan terjawab sekiranya Rukun yang 6 itu difahami sepanjang kehidupan mereka yang tidak terdedah dengan berita-berita seperti itu.

Tidak terdedah atau tidak mahu terdedah?

Ada seorang manusia yang agak rapat dengan gua. Rutin hariannya lebih kurang begini.

Bangun pagi.

Dia tidak menyakiti hati orang sekelilingnya. Dia tidak mengungkit apa yang telah disedekahkannya. Dia tidak kisah keperluan hariannya. Dia tidak mempersoalkan rezekinya.

Dia tidak berdebat tentang keperluan nasionalisme. Dia tidak berbicara tentang propaganda. Dia tidak berdiskusi tentang konspirasi. Dia tidak mempertikaikan demokrasi. Dia tidak benci kepada Yahudi. Dia tidak membodohkan para Nasrani.

Tapi,

Dia tegur kalau gua tak sembahyang. Dia tegur kalau gua makan tak baca doa. Dia tegur kalau gua merungut. Dia tegur kalau gua tak belajar bersungguh-sungguh. Dia kata, jangan jadi seperti dirinya, tak layak mendapat tempat di universiti.

Selepas itu,

Setelah mencuba beberapa kali gua menceritakan tentang peperangan di sana, dia tidak berkata apa-apa. Sombongkah dia? Dia mahukan gua yang berjuang, dan dia akan menyokong keperluan gua serta sentiasa mendoakan gua kerana dia merasakan dirinya tidak ampuh untuk ke arah itu. Sedang gua melihat dia tidak putus-putus berdoa sepanjang hayat untuk mencari keredhaanNya. Tidak lekang kalimah Bismillah di setiap permulaan aktivitinya. Tidak pernah lupa bersyukur sesudah usai tugasannya. Wajarkah dipersalahkan? Wajarkah gua terus-menerus menyalahkannya kerana tidak mahu turut serta berbincang dan menelaah segala fakta sejarah?

Bila ditanya tentang permasalahan dunia, dia hanya berkata, "bersyukurlah seadanya".

Lurus, bukan?

Gua simpulkan disini. Ilmu seluas manapun tidak akan sesekali berada di kedudukan lebih atas dari hati yang suci. Walau sedikit ilmu yang Allah S.W.T berikan pada dia, tetapi dia berjaya berakhlak sebaiknya.

Subhanallah

Tiada ulasan: