Ada satu cerita. Tentang permasalahan segelintir manusia yang kadang-kadang tidak memahami nilai-nilai moral.
Yang pertama utamanya, masalah worldview dan paradigma hidup masing-masing. Bunyinya seakan-akan sedikit dipengaruhi eksistensialisme tajaan pihak barat. Jika diperhalusi lagi akan positifnya pemikiran ini, tanpa mengambil kira huraian dan pemahaman dari mereka yang gilakan dunia dan Teori Gajah Plato, kejayaan seseorang itu menjadi khalifah kepada dirinya sendiri dalam mencari keredhaan Allah S.W.T mungkin adalah tujuan utama cetusan ilham ini disalurkan.
Gua cenderung untuk menolak sepenuhnya intipati falsafah ini dan cuba untuk melahirkan sesuatu yang positif daripadanya.
Sekali lagi,

Atau lebih tepat lagi, eksistensialisme itu cacat.
Mungkin juga sudah ada istilah yang lebih tepat, tetapi gua yang kurang arif.
Apa yang gua perhatikan, kebanyakan warga tua terlalu takut untuk melihat kesusahan anak-anak mereka. Mereka yang bergelumang dalam konflik menuntut kemerdekaan dan mencari rezeki sesusahnya seakan tidak mahu permasalahan yang sama dihinggapi oleh generasi muda zaman kini. Apa fungsinya jika kemudahan demi kemudahan yang diberikan kadangkala menghanyutkan jiwa mereka dari tuntutan azali Allah S.W.T yang mempunyai sifat mengkehendaki sesuatu sebelum dan selepasnya? Manusia itu tidak bebas menentukan apa sahaja dalam hidupnya.
Yang kedua, semakin manusia itu menjelajahi bumi nan luas ini, pengalaman banyak mengajar mereka. Semakin sempit langkah kaki mereka, agak sukar bagi mereka untuk menjadi khalifah kepada diri mereka sendiri. Segelintir warga berumur ini tidak mahukan anak-anak mereka mengembara. Mereka mahukan anak-anak mereka duduk di samping mereka, menuruti segala arahan seolah-olah mengetahui kesudahan zuriat mereka.
Puncanya, adalah mereka memikirkan tuntutan mencari ilmu itu sudah cukup dengan melihat kesenangan duniawi anak-anak mereka. Inilah yang dikatakan permasalahan worldview yang gua sebutkan tadi.
Eksistensialisme mempertaruhkan kebenaran yang relatif kepada pengamalnya. Sungguh, ini adalah tidak benar. Kebenaran itu hanya milik Allah S.W.T. Eksistensialisme juga meletakkan kebijaksanaan manusia dalam urusan hidupnya. Keberadaan yang dipromosikan Descartes itu seharusnya sederhana tanpa sesekalipun meletakkan wahyu dan sunnah Rasulullah di bawah pengaruh akal dan mengorbankan tujuan azali hidup dimuka bumi ini sebagai hamba Allah. Kerana, sesungguhnya kebijaksanan itu datang dari Allah S.W.T jua. Kalau menolak sunnah, semakin sukar untuk kita mendapatkan rahmat dariNya.
Untuk merungkaikan permasalahan ini, hala tujunya mestilah sama. Mencari keredhaan Illahi. Bukan material. Apa yang boleh dilaksanakan oleh teknologi moden tidak wajar ditolak. Its not about the system, but the people who run the systems. Maka didiklah anak kamu dengan ajaran moral Al-Quran dengan bersungguh-sungguh kerana Allah.
Apa yang mahu dilakukan oleh seorang anak, izinkanlah selagi ia tidak melanggar hukum-hakam Islam. Jika tidak diizinkan, sang anak pula janganlah terlalu keras hatinya untuk memberontak. Nabi Muhammad juga pernah melarang umatnya untuk pergi berperang jika kedua ibu-bapa mereka tidak merestuinya. Kesabaran dan doa yang berterusan adalah kata kunci. Bukan hanya di pihak anak, tetapi juga ibu-bapa mereka.
Suka gua berpesan kepada rakan-rakan sebaya gua disini supaya bersabar dan bermohonlah kepada Allah S.W.T dalam apa jua urusan kamu semua. Patuhilah segala yang diqias atau diijtihadkan para ulama' muktabar. Andai haram, tentanglah. Andai wajib, tunaikanlah. Andai sunat, pertingkatkanlah. Andai harus, berniatlah kerana Allah. Andai makruh, jauhilah.
Apa yang cuba gua sampaikan disini adalah kemahuan manusia untuk menilai sesuatu falsafah itu haruslah tidak jumud atau mengikut segala-galanya secara tuli dan buta. Rujuklah kembali Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W dan juga Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Dan gua ulang lagi untuk kesekian kalinya, mungkin sudah ada istilah lain untuk menjelaskan perkara ini. Cuma gua yang kurang arif. Ini hanyalah cetusan yang dapat dizahirkan setelah mengenali eksistensialis.
Subhanallah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan