Isnin, November 16, 2009

Skeptik!

Mengapa manusia terlalu dangkal untuk memahami seseorang? Tambah buruk, emosi mempengaruhi pemikiran, dan rasukan kuman kulat mula membuahkan ego yang pelbagai. Tambah teruk, setiap individu juga seakan mengalami masalah yang sama, dan terciptalah apa yang dikatakan skeptik. Kalau positif itu saling berjauhan dengan positif dalam medan magnetik, mengapa realiti seolah-olah taksub berpegang dengan fakta ini?

Secara tiba-tiba gua merasakan diri ini terlalu daif imannya kerana gagal mendekorasikan segala pengalaman hidup mereka yang disuratkan Ilahi.

Apa yang berlaku sepanjang 3 hari gua dikampung di mana gua keluar rumah hanya untuk membeli rokok dan suratkhabar mendenyutkan ruang sereberum dan serebelum kidal gua. Rasa seperti ingin merahsiakan kepulangan ini dari teman-teman sepermainan waktu kecil-kecil dulu. Walaupun desa ini penuh dengan warna-warni paradigma warganya, gua kesal dengan sikap gua yang seakan-akan cuba untuk mengasingkan diri. Entah apa agenda seterusnya, gua kurang pasti. Ada sedikit keyakinan mengenai perkaitan antara perenggan ini dengan perenggan yang diatas sekali.

Gua hanya mampu menilai dari apa yang dipertuturkan dan dilakukan olehmu wahai sahabat sekalian. Gua tak mampu menyusup sebegitu dalam ke sudut hatimu. Maka nilailah penilaian gua dari apa yang kamu bicarakan dan apa yang kamu lakukan. Insyaallah, kita dapat sama-sama memperbaiki diri.

Pesanan ini juga ditujukan khas untuk gua.

Gua teringat pesan Imam al-Ghazali, "mulutmu adalah kunci ketenangan jiwamu." Dan ada 6 lagi komponen-komponen lain untuk menyucikan jiwamu. Gua tak bawa balik pula buku tu. Cuai!

Tiada ulasan: