Kisah perjalanan gua hari ini.
Gua masih segar lagi dengan gelombang udara rumah yang masih kurang terurus ini. Baru sahaja selesai merempuh hujan lebat dalam perjalanan dari Klang. Gua singgah di stesen minyak untuk merokok dan menambahkan sukatan haba dan nikotin dalam badan. Gua terserempak dengan seorang awek tengah nak bayar suratkhabar yang dibelinya. Tergelek-gelek melangkah keluar dari kedai Mesra Petronas. Diluar, beberapa pasangan bermotor yang riuh membicarakan tentang keamanan (baca : kebahagiaan) dunia mereka. Kelihatannya sangat bersyukur kerana begitu aman dibawah pemerintahan sedia ada.
Gua nyala rokok sebatang.
Antara hujah yang dapat gua kenal pasti daripada tokoh mereka yang satu itu termasuklah :
"Korang ni, dulu kita hidup zaman Jepun korang ingat boleh ke nak duduk-duduk macam ni? Nak keluar rumah pun sekarang takde hal, nak balik pukul 3,4 pagi pun takde hal. Kira ok la kita dah merdeka kan?"
Yang lain pun mengangguk bersetuju.
"Korang nak makan ubi kayu macam atuk nenek kita dulu? Sekarang ko tgk, stesen minyak pun dah ada McDonald tau tak?"
Yang lain pun mengangguk bersetuju.
"Ko tengok apa jadi kat Arab tu? Perang sana, perang sini. Islam ape macam tu dok berbunuh, berperang?"
Yang lain pun mengangguk bersetuju.
"Ulama' sendiri pun tak betul, nak cakap pasal agama. Tak habis-habis gunakan agama untuk dapatkan kuasa. Pergilah tolong Palestin tu kalau nak perjuangkan agama sangat."
Yang lain pun mengangguk bersetuju.
Suratkhabar yang diselak-selak sebentar tadi, dicampak ke atas meja pegawai keselamatan stesen minyak. Berbondong-bondong enjin motosikal dihidupkan. Selepas itu mereka semua beransur pergi diiringi gerimis sepoi-sepoi bahasa.
Reaksi gua?
Gua tertarik dengan seluar ketat teman wanita tokoh itu yang berlambangkan hati berwarna merah dimana lengkungannya sejajar dengan bentuk punggungnya. Baru gua tahu yang itu adalah teman wanitanya. Suratkhabar di atas meja itu pun gua masih ingat lagi dari mana asalnya.
Susah juga kalau selalu sangat baca suratkhabar ni.

* * *

Tiada ulasan:
Catat Ulasan