Rabu, Disember 17, 2008
Selasa, Disember 09, 2008
waiting for something..
gua tido....gua bangun, hp gua bbunyi..."amar, lu jgn tunggu sgt gua kt umah, tak cnfirm lg ade ni....papehal tunggu gua roger.."
ape jadahnya....gua still kena menunggu gak...tunggu punye tunggu....tak berbunyik2 hp gua....
dengan santai gua menaip sms...."mana...?? janjimu...ceh!!"
"sori arr mar, mamat tu tak call aku....tapi gua janji malam ni gua lepak umah lu..."
sudahnye gua kat cc update blog gua yg tercinte nie....
sadis....
Ahad, November 23, 2008
Sabtu, November 22, 2008
sway
"Lu bz ke bro?"
"Biasa-biasa je, apahal?"
aiseh...malas plak aku nak menaip kisah selanjutnya....
Khamis, November 06, 2008
penilaian
dalam mangkuk...
"made in malaysia"
"american standards"
apa bontot mereka dengan bontot kita tak sama ke?
Isnin, Oktober 27, 2008
bunga
adeii...dua tiga empat lima enam hari ni, kejiwangan saya berada di tahap maksimum. mungkin kerana hari jadi si dia semakin hampir. dan aku ingin menjadi hadiah paling berharga utk dia.haha...(comeback yg tidak diharap-harapkan). maaf ye pengunjung-pengunjung blog tersohorku ini...
Ahad, Oktober 26, 2008
aku dan bulan
dunianya teka-teki
kupandang demi pandang…
dimanakah dia…
bawalah aku keduniamu
kita sedarah bukankah
dan kutatap wajahnya semahuku…
kerana dia aku…
Jumaat, Oktober 24, 2008
did she miss me?
tujukan muara menjemur tandu
malam ini ranjangmu resah
nantikan suara pengendur rindu
Khamis, Oktober 23, 2008
credit to abdullahjones
Saya : masa tu pak long dalam perut tok. satu hari, masuk satu berus lukisan dalam perut tok.rupanya tok tertelan berus lukisan. pak long pon ambik. tiba-tiba pak long rasa pak long ni rupanya memang terror melukis.masa tok beranakkan pak long, keluar sekali dengabn berus lukisan tu. jadi pak long ni kembar berus lukisan. jadi mesti la terror melukis.
Ipi : orang kembar ular, pak long kembar berus lukisan.hihi..pak long jual lukisan pak long berapa?
Saya : biasanya pak long jual dalam 3 juta sekeping. tapi kalau orang tu miskin, pak long jual mahal sikit, 18 juta.
Ipi : kenapa?
Saya : pak long kesian orang miskin. pada dia beli lukisan pak long, baik dia beli baju anak dia.
Ipi : baiknya pak long.
Saya : memang la.
Ipi : masa pak long duduk luar negeri dulu, pak long duduk dengan sapa?
Saya : dengan mak angkat pak long.
Ipi : nama dia sapa?
Saya : elisebeth.
Ipi : dia ada anak?
Saya : ada, charles.
Ipi : kecik ke besar?
Saya : tua pada pak long tapi charles ada anak kecik, will dan henry.
Ipi : dah tu pak long makan khinzir la masa duduk sana?
Saya : ho la, kadang goreng, kadang panggang. tapi pak long paling suka khinzir mentah. makan gitu je.
Ipi : ya allah, kenapa la Ipi dapat pak long macam ni...
Rabu, Oktober 22, 2008
sidang roh
hari ini kita dewasa
tanpa Tuhan tanpa impian
kerana besok mungkin terlalu lewat
bagi kiamat yang telah ditangguhkan.
bukan aku sinis
kau jangan mengatheis
beritaku dari mereka yang lupa bagaimana untuk hidup
maka demikian perlu kata-kata
supaya maut kita jangan kerana bisu.
Kassim Ahmad
Petaling Jaya, Ogos 1960
Selasa, Oktober 21, 2008
A.L.O.N.E
Ahad, Oktober 19, 2008
romantikarat
kiat pedati hala ke lembah
haruskah lidah bongkar segala
di saat hati mula berubah...
mananya jelma keruan dinda
sedari fajar diulit sendu
asalnya cuma gurauan canda
kini bebenar digigit rindu...
renda rangka harinya dini
baldu sutera disuruh jilbab
tiada sangka jadinya begini
rindu terdera separuh azab...
Sabtu, Oktober 18, 2008
haha
rumah sini rumah sana
musim-musim raya ni
baru aku sedar...
ramai juga kawan aku ye...
vel en kever
Jumaat, Oktober 17, 2008
suara...
Khamis, Oktober 16, 2008
hujan...
anginnya berlumba mengirim nafas
resah yang menggelepar di tumit jendela
menyerbu masuk, mencampak benih mimpi.
Dalam bilik, depan cermin
tilam dan bantal berlaga, bergeseran.
Malam Jumaat menggugurkan bulunya.
Dua bayang, terkurung dalam almari
menggeliat, melepaskan nasib yang tergulung.
Benih mimpi pecah di bawah bantal
tunasnya tumbuh di atas tilam.
Dua bayang kegelian dicumbu malam
terlemas, tersangkut di jaring waktu.
Hujan turun di malam Jumaat
di atas langit, terbentang taman syurga.
Rabu, Oktober 15, 2008
malam minggu
Jumaat, Oktober 03, 2008
konservatif
Khamis, Oktober 02, 2008
onmyown
Rabu, Oktober 01, 2008
quotient
What i've done? What have i done?
What i did to myself, my life, my family, my people and my religion?
I am with the correct path, am i?
I'm confused with what to do? What's with this art things? Are they necessary? Should i be more sensitive about my act as a true Muslim?
Can i possibly get them together? You see, art is an entertainment. Its core is desire. Permitted art? The world says that u're gonna miss the good part of Art. What is the good part?
Centre of my thoughts,verbs, life? this figure drawings? How?
This is scary. Now that this post is full of complaints. Trying too hard to do something unnecessary, legally?
Questioning question.
Personally, i found that the experience of reading this writing is an alarm for my ownself to be a man in the mirror. This excellent story tells me more than just a story, it is a strict yet loving reminder to me for my responsibilities towards myself and the condition of my own faith to Islam.
Subhannallah...
Allah loves cannot be described in words of a man.
Selasa, September 30, 2008
tears~
Isnin, September 29, 2008
Ahad, September 28, 2008
Alam
Sabtu, September 27, 2008
arghhhhhh
Jumaat, September 26, 2008
Mahameru
Entahlah...
Dia seakan-akan sudah merasuk naluri hatiku. Dengan riak wajah yang amat sukar untuk dibaca, aku akhirnya puas dengan hidupku. Puas dengan pencarian maksud percintaan dalam persahabatan. Menceritakan sejarah hidupnya satu ketika dahulu, satu nikmat besar pada bulan ramadan ini. Aku tak mampu kehilangannya barangkali. Walaupun aku sedar, satu hari nanti semuanya akan berubah. Tidak akan seindah ketika ini.
Syurga itu...
Dirasakan amat cantik untuk kami berdua.
Selasa, September 23, 2008
mimpi
Sabtu, September 13, 2008
whilemyguitargentlyweeps
Jumaat, September 05, 2008
Ahad, Ogos 31, 2008
monologue
Sabtu, Ogos 30, 2008
luv
dengannamaAllahyangMahaPemurahlagiMahaMengasihani...
...C I N T A...
Sejuta rasa dan warnanya teragungkan di lembar kisah romantika manusia
K E N A P A ?!
Betapa Cinta...
Betapa Cinta...
Betapa Cinta...
Betapa Cinta...
Kegagalan yang masih lagi belum duduk dalam kecewa
Apa dan kenapa..??
Kau manusia
Nescaya bumi takkan menjadi dunia tanpa cinta
...dan karenanya aku tidak pernah bisa menangkapi akan makna CINTA itu
Andai suatu hari nanti kamu kenal sungguh dengan pencipta kehidupan
Allah luv me
Jumaat, Ogos 29, 2008
Khamis, Ogos 28, 2008
last dream
Rabu, Ogos 27, 2008
Mahmud Darwish
Isnin, Ogos 25, 2008
red is a new black
Ahad, Ogos 24, 2008
pray
Sabtu, Ogos 23, 2008
Jumaat, Ogos 22, 2008
hampa...kepada diri
Khamis, Ogos 21, 2008
rinduku cintaku
Rabu, Ogos 20, 2008
Selasa, Ogos 19, 2008
sejuta wajah
Isnin, Ogos 18, 2008
sepatah dua kata
Sabtu, Ogos 09, 2008
Jumaat, Ogos 08, 2008
polaroid~
Selasa, Julai 15, 2008
sect 8 Shah Alam
Isnin, Julai 07, 2008
pakcik..
Rabu, Julai 02, 2008
dubur
Selasa, Jun 24, 2008
thx to jon krakauer
Ahad, Jun 22, 2008
i hope you're not lonely without me
Rabu, Mei 14, 2008
Berkata aku pada aku
Khamis, Mei 08, 2008
dan kehidupan baru bermula
Ahad, Mei 04, 2008
2 2
Isnin, April 28, 2008
maybe memories
Adapun, setelah beberapa ketika, kami telah dipisahkan atas tuntutan yang saya sendiri tak dapat pastikan. Kami masih seperti dahulu rohaninya. Zahirnya, cuma untuk sekelumit masa. Cinta para sahabat sememangnya tidak akan luput ditelan seribu macam kenangan. Pernah satu ketika, 4 jenis mee segera yang berlainan perisa dan jenama telah kami satukan. Disatukan atas satu perasan sejagat yang amat luar biasa, iaitu LAPAR. Periuknya pun, periuk pinjam. Alangkah indahnya. .
p/s : tarikh pada gambar ini adalah kesilapan kamera yang telah dicuri beberapa bulan kemudiannya. Jahanam punya angah!
Sekian, laporan dari berita dunia. Dunia saya ya. Bukan dunia anda.
Sabtu, April 26, 2008
arghhhh
Jumaat, April 25, 2008
exam fever
Isnin, April 21, 2008
pada waktu - waktunya
Kalaulah sepi meningkah
Kalaulah hampa mencecah
Ahad, April 20, 2008
5 pagi waktu Malaysia
Jumaat, April 18, 2008
once upon a time in kuantan
err...video ni tribute to sahabat sahabat sahabat sahabat sahabat sahabat sahabat dan sahabat
terlalu byk aku belajar dan di ajar di sini...
Khamis, April 17, 2008
hurm~
Isnin, April 14, 2008
1st day in study week
Jumaat, April 11, 2008
Rabu, April 09, 2008
catatan gedung ilmu
Selasa, April 08, 2008
sepetang tatkala hujan
Isnin, April 07, 2008
buatsahabat
something in the way she moves~
hurm..~
Ada permata di dalam tangan
Dibungkus dengan kain baldu
Jika bercinta menyesal jangan,
Ada rang tua sembunyi rindu...
Jumaat, April 04, 2008
hurm..
Khamis, April 03, 2008
"0"
25-10-2007
05:29:58 PM
Oleh FATHI ARIS OMAR PETALING JAYA:
Tokoh matematik dunia Arab, Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, memperkenalnya di Iraq melalui bukunya Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal Muqabbala (tahun 837) setelah lawatannya di India, benua yang dipercayai "menemui" nombor maha penting ini pada tahun 594.
Tamadun Eropah mengambil kosong, atau zero, daripada penemuan dunia Arab, sifr (sifar). Ia dibawa oleh pemikir Itali, Fibonacci, dalam tahun 1202 melalui karya popularnya Liber Abaci. Perkataan sifar ini juga membentuk perkataan cipher dalam bahasa Inggeris yang membawa masud "tiada apa-apa", "simbol", "kod" atau "mesej rahsia".
Dr Alinor: Sebelum tahun 837, ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu berbanding tujuh maklumat dalam tamadun India yang memiliki simbol 0. Bagaimanapun pensyarah matematik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, mengemukakan satu hipotesis lain -- penciptaan simbol 'kosong' mungkin bermula di alam Melayu selewat-lewatnya pada 580.
Beliau bersandarkan hujah beberapa pengkaji, termasuk karya yang banyak dibahaskan The Universal History of Numbers (terbit 1998) oleh Georges Ifrah, terjemahan edisi Perancis Histoire Universelle des Chiffres pada 1981.
Sebelum dipopularkan al-Khwarizmi, Ifrah menyebut beberapa penemuan nombor kosong di tulisan-tulisan pada batu antaranya prasasti tembaga Sankheda di India pada 594, Trapaeng Prei di Kemboja (683), Kedukan Bukit, Sumatera (683), Kota Kapor, Sumatera (686), Dinaya, Jawa (793), Po Nagar, Vietnam (813) dan Bakul, Vietnam (829).
Dr Mohammad Alinor berkata, bukti-bukti tambahan yang beliau kumpul dan keterangan Ifrah ini bermungkinan telah lama diketahui oleh seorang penyelidik sejarah China, Joseph Needham dalam bukunya Science and Civilisation in China (1959).
"Needham menyatakan bahawa simbol '0' sebenarnya dihasilkan di bahagian timur tamadun India, iaitu bahagian yang paling hampir dengan China yang menganggap '0' sebagai tempat kosong," katanya kepada mStar Online hari ini.
Selain itu, tambahnya, seorang ahli matematik Zakov pernah menyebut di satu seminar sejarah sains di Eropah pada 1975 bahawa "simbol 0 yang direkodkan dalam prasasti-prasasti dari kepulauan Melayu lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim yang direkodkan oleh al-Khwarizmi."
Dr Mohammad Alinor berkata, seorang profesor pelawat dalam bidang matematik di UKM, Frank J. Swetz pada 1979, pernah menyebut "etnik Batak di Sumatera memiliki sistem angka merangkumi 0 yang lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim."
Beliau berhujah lagi, sebelum al-Khwarizmi, "ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu berbanding tujuh maklumat dalam tamadun India yang memiliki simbol 0."
Bagaimanapun pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi UKM ini menyebut hipotesis Melayu menemukan nombor kosong ini masih memerlukan kajian lanjut.
"Cukupkah dua fakta umum ini membuktikan bahawa simbol 0 adalah ciptaan bangsa Melayu, atau lebih tepat ciptaan bangsa Funan/Chenla (sekarang Kemboja) atau Sriwijaya (Sumatera) atau Jawa?" katanya.
"Jika Melayu yang mencipta simbol 0, bagaimanakah hendak ditunjukkan bahawa tamadun India mengambil daripadanya? Tamadun India diketahui pernah menterjemahkan buku-buku falsafah Jawa, tapi adakah sistem angka terangkum di dalamnya?"
Dr Mohammad Alinor menyarankan beberapa hipotesis ini "amat positif untuk dikaji dengan lebih lanjut" kerana kini sudah wujud rujukan-rujukan yang boleh dimanfaatkan secara langsung, termasuk penggunaan sistem nombor berdasarkan sistem metrik atau asas persepuluhan yang lebih awal di alam Melayu berbanding Arab-Islam (abad ke-9) dan Eropah (kurun ke-19).
Menurutnya, perkataan tujuh (7) dan saribu (1000) ditemui pada batu bersurat Vo-Canh di Kemboja sekitar kurun keempat.
Bukti-bukti lain termasuklah tiga perkataan pembilangan duaratus (200), sariwu tluratus sapulu dua (1312) dan dualaksa (20,000) pada prasasti Kedukan Bukit pada tahun 683, perkataan sapuluh dua (12) dan dua laksa (20,000) di prasasti Telaga Batu (Sumatera) pada 683.
Walaupun nombor atau simbol 'kosong' lewat tercipta, manusia sudah memahami konsep 'kosong' jauh lebih awal seperti yang ditemui pada tamadun-tamadun China dan Babylon.
Tamadun Maya-Aztec di Amerika Tengah juga berjaya mencipta simbol 'kosong' yang menyerupai kulit siput. Namun mereka dipercayai tidak memindahkan pengetahuan itu kepada perabadan bangsa-bangsa lain sehingga diwarisi pada zaman moden kecuali satu hipotesis.
"Pernah dihipotesiskan di International Congress of Americanist pada 1949 bahawa wujudnya pertukaran budaya di antara Funan dengan Maya/Aztec. Tapi, adakah sistem angka sebahagian daripada yang ditukarkan?" kata Dr Mohammad Alinor.
"Tidak ada langsung bentuk simbol '0' di Asia Tenggara yang menyerupai kulit siput."
Rabu, April 02, 2008
pergh!
Selasa, April 01, 2008
untitled
Dengan bismillah aku mulai
Mengarang syair peredaran ini
Serta memuji kepada ilahi
Mengucap syukur petang dan pagi
Meminta kepada tuhan yang Esa
Serta nabi junjungan kita
Ampuni juga sekelian dosa
Wahai sahabat hendak dengarkan
Kakak dan adik cuba fikirkan
Maksud syair peredaran zaman
Menyuruh kita kuat beriman
Macam mana kita atas dunia
Pagi dan petang membuat kerja
Amal ibadat tertinggal sahaja
Tidak dikenal dosa dan pahala
Sungguhpun wajib mencari nafkah
Berbuat amalan janganlah lengah
Pesuruh Allah jangan dibantah
Kalau dibantah banyaklah salah
Jikalau ada kita beriman
Mendapat untung hari kemudian
Bukan tak boleh kita berjalan
Larangan Allah hendaklah ingatkan
Jangan terjebak kepada kejahatan
Baik lelaki ataupun perempuan
Kebanyakkan kita zaman sekarang
Suka berjalan pagi dan petang
Mabuk bernyanyi berdondang sayang
Tidak dikenal jiwakan hilang
Zaman sekarang mempunyai masa
Suka berjalan ke sini ke sana
Waktu sembahyang tertinggal sahaja
Setiap waktu wajib dilaksana
Manalah kita kaum islam
Bangunlah tidur daripada malam
Hari yang terang disangka kelam
Dunia yang lata hampir tengelam
Kaum kerabat semua serta
Janganlah lalai menuntut agama
Jika tak ada amalan kita
Di padang masyar mendapat siksa
Abang dan adik cuba fikirkan
Dalam al-quran Allah terangkan
Mana sahabat taulan saudara
Saya tuliskan sedikit sahaja
Kiriman Allah tuhan yang kaya
Jikalau banyak susah fahamnya
Kitab ini kalau difaham
Penuh rasanya laut yang dalam
Kalau dikembang seluas alam
Susahlah kita mendapat faham
Fahamkan sahaja sedikit ini
Habis selaman ditambah lagi
Campuran syair peredaran ini
Sebelum sampai ke hadis nabi
Sekarang ini atas dunia
Banyak si kafir dari ulama
Disebab malas menuntut agama
Disangka kekal atas dunia
Kita di dunia macam dilokap
Hati tak senang makan tak sedap
Waktu malam tidur tak lelap
Menanti masa lepas dilokap
Janganlah buat kerja maksiat
Kalau dibuat dapat laknat
Dilarang Allah dengan Muhammad
Elok dihentikan supaya selamat
Membuat maksiat tidak berguna
Cubalah fikir sanak saudara
Atas dunia banyak rencana
Di akhirat nanti mendapat siksa
Kalau diingat hari kemudian
Tuntutlah ilmu serta amalkan
Janganlah juga kita jahilkan
Kerana pesuruh daripada tuhan
Pesuruh Allah tuhan yang Esa
Kepada kita atas dunia
Tuntutlah ilmu bersama-sama
Supaya boleh dapat pahala
Dunia ini kampung yang lata
Lama dan lambat tenggelam juga
Jikalau ada ilmu di dada
Bolehlah kita senang sentosa
Kebanyakkan kita waktu muda
Pagi dan petang bergurau sahaja
Umurkan pendek tidak disangka
Entah besok entah pun lusa
Apabila cukup umurnya kita
Tentulah tinggal dunia yang lata
Anak dan bini entah di mana
Wang beribu tidak berguna
Jikalau ada anakanda kita
Elok diasuh sekolah agama
Sampai terang lafaz makna
Emak dan bapak dapat pahala
Apabila anak sudahlah besar
Jikalau ia sungguh belajar
Tak payah lagi kita mengajar
Dia belajar yakin kekal
Emak dan bapak jikalau sungguh
Semenjak kecil anak diasuh
Tuntut ilmu bersungguh-sungguh
Di padang Masyar menjadi penyuluh
Jikalau dapat anak yang soleh
Hati di dalam lagi bersih
Di pandang muka banyak jernih
Seperti kain yang amat putih
Anak yang soleh jikalau dapat
Atas dunia tinggi darjat
Di akhirat nanti berlipat-lipat
Masuk syurga yang tinggi pangkat
Zaman sekarang mempunyai masa
Banyak mengikut kelainan bangsa
Seperti kapir yang derhaka
Tidak mengikut junjungan kita
Berapa banyak macam agama
Di dalam alam atas dunia
Agama islam tertinggal sahaja
Bangunlah islam sanak saudara
Orang islam bangsa kita
Ikutlah surah tuhan yang kaya
Elak sentiasa apa larangannya
Supaya maju agama kita
Islam itu agama yang tinggi
Lain agama jangan peduli
Seperti agama orang yahudi
Larangan Allah serta nabi
Firmannya Allah ada berjumpa
Serta hadis junjungan kita
Saya tafsirkan sedikit sahaja
Ayatnya Allah tuhan yang kaya
Isnin, Mac 31, 2008
serabuts!
Sabtu, Mac 29, 2008
foxes HOLD!
Jumaat, Mac 28, 2008
foxes!
Selasa, Mac 25, 2008
hurm..
menyanyi atas pohon mengkudu
sebelum tuhan menciptakan alam
kita sudah bercinta dahulu...